Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal apabila maklumat sebenar mengenai dasar dan pencapaian kerajaan tidak sampai kepada rakyat sebagaimana sepatutnya.
00:00Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim kesal apabila maklumat sebenar mengenai dasar dan pencapaian kerajaan tidak sampai kepada rakyat sebagaimana sepatutnya.
00:08Menurut beliau, usaha kerajaan seringkali tenggelam kerana kandungan bersifat negatif lebih mudah mendapat perhatian di media sosial.
00:18Saya bincang tadi dengan Dato' Sri Zahid, Dato' Sri Fazillah dan saya dengar dalam forum tadi dibicarakan hal ini.
00:28Dato' Sri Zahid, Dato' Sri Zahid kita 140 ikhtiar atau inisiatif baru.
00:35Sebenarnya kalau kita kira 167 tetapi tidak sampai kadang-kadang kepada halaya.
00:41Yang sampai itu hanya sampah dan sumpah dan maki hamun kerana dalam negara demokrasi dan bebas dan media sosial itu digunakan tidak untuk membina.
00:57Tetapi untuk menghina.
01:01Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penutupan Program Rancakan Manadi bersama Malaysia KU dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 di Putrajaya pada Ahad.
01:13Perdana Menteri berkata keadaan itu menyebabkan gambaran tidak tepat timbul seolah-olah kerajaan tidak melakukan sebarang pembaharuan.
01:21Beliau menjelaskan penyebaran maklumat yang tidak seimbang hanya memburukkan persepsi masyarakat terhadap usaha kerajaan.
01:28Sehubungan itu Anwar menggesa penjawat awam untuk memainkan peranan aktif dalam memberi penerangan dan memastikan maklumat tepat dapat disalurkan kepada orang ramai.
01:39Beliau berkata kerajaan madani tidak menolak kritikan sebaliknya memerlukan teguran yang berasaskan fakta untuk memperkukuh pelaksanaan dasar.
01:47Anwar turut mengakui terdapat rakyat yang tidak sabar menunggu hasil pelaksanaan projek tertentu dan memerlukan penjelasan yang konsisten daripada pihak kerajaan.
Be the first to comment