Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Hujan lebat berterusan mengancam pulau Sumatera yang teruk terjejas banjir, dengan pihak berkuasa memberi amaran kebuluran berisiko meningkatkan jumlah kematian yang kini mencecah 900 orang.
Transcript
00:00Bertemu kembali, kita beralih ke berita antarabangsa.
00:03Hujan lebat berterusan mengancam Pulau Sumatera yang teruk terjejas banjir dengan pihak berkuasa,
00:09memberi amaran kebuluran berisiko, meningkatkan jumlah kematian yang kini mencecah 900 orang.
00:16Rangkaian ribut tropika dan hujan monsoon melanda Asia Tenggara serta Asia Selatan,
00:21mencetuskan tanah runtuh dan banjir kilat dari hutan hujan Sumatera hingga ke ladang tanah tinggi di Sri Lanka.
00:30Kira-kira 1,770 orang terkorban dalam bencana alam yang melanda Indonesia, Sri Lanka, Malaysia, Thailand dan Vietnam sejak minggu lalu.
00:40Agensi Cuaca Kebangsaan Indonesia berkata hujan kembali melanda wilayah Aceh dan Sumatera Utara pada Sabtu
00:46ketika banjir memusnahkan jalan raya, menenggelamkan rumah dalam lumpur dan memutuskan bekalan ke kawasan terjejas.
00:53Gaberno Aceh, Muzakir Manaf berkata, pasukan tindak balas masih menjalankan operasi mencari mayat
00:59dengan sebahagian kawasan diliputi lumpur pada paras pinggang.
01:03Bagaimanapun, kebuluran kini menjadi antara ancaman paling serius
01:07yang menghantui penduduk kampung terpencil dan suka diakses akibat terputus hubungan.
01:12Katanya hakikat yang perlu diterima ialah orang ramai bukan sahaja terkorban akibat banjir,
01:17tetapi juga akibat kebuluran.
01:20Menurut Muzakir, beberapa kampung di wilayah Aceh, Tamiang yang diliputi hutan hujan dihanyutkan sepenuhnya oleh banjir.
01:27Katanya wilayah Aceh, Tamiang musnah sepenuhnya dari kawasan hulu hingga ke hilir,
01:32termasuk jalan raya hingga ke pesisir laut.
01:35Tambah beliau banyak kampung dan mukim, kini hanya tinggal nama sahaja.
01:40Dalam benda itu, seorang mangsa banjir di Aceh, Munawar Liza Zainer berkata,
01:44penduduk rasa dikianati oleh kerajaan Indonesia yang setakat ini menolak tekanan untuk menisytiharkan bencana kebangsaan.
01:52Katanya ia satu bencana dahsyat yang perlu ditangani dengan langkah luar biasa,
01:56di mana jika status bencana kebangsaan hanya diisytiharkan kemudian, ia adalah sesuatu yang sia-sia.
02:03Minggu ini, kerajaan Indonesia menolak tawaran bantuan asing kerana yakin mampu menangani sendiri kesan banjir dahsyat dan tanah runtuh di wilayah bergenaan.
02:14Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended