00:00Bursa Malaysia dijangka mencatatkan pergerakan mendata minggu depan apabila kalangan pelabur menunggu pusingan perkembangan dasar global yang baharu dan data ekonomi.
00:09Pengarah dan penganalisis strategi pelaburan dan ekonomi IPPFA Srinya Berhad, Mohd Siddiq Jantan berkata,
00:16petunjuk utama yang perlu diteliti termasuk angka inflasi, data perdagangan dan keluaran dalam negara kasar KDNK Jepun selain pesanan ekspor Taiwan dan data ekonomi Singapura.
00:27Jelasnya semua petunjuk ini akan membentuk latar belakang makro serta apabila sentiment risiko global kekal lemah namun beransur-ansur pulih.
00:36Beliau berkata di peringkat domestik, tumpuan juga akan terarah kepada data perdagangan luar Malaysia dan indeks harga pengguna IHP bagi Oktober yang masing-masing dijadualkan dikeluarkan pada Rabu dan Jumaat minggu depan.
00:48Dari sudut pandai ekonomi katanya, subsidi bahan api cenderung meningkatkan kuasa beli sebenar disamping mengurangkan inflasi keseluruhan secara otomatik,
00:56sekaligus membentuk unjuran harga jangka masa pendek.
00:59Pada asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI meningkat 6.54 mata kepada 1,625.67 daripada 1,619.13 minggu lepas.
Comments