Skip to playerSkip to main content
  • 22 minutes ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-148 sebagai usaha memperkukuh penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri demi pelaksanaan dasar serta pembangunan yang lebih berkesan dan berfokuskan rakyat.
Transcript
00:00Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada selasa mempergerusikan Masyarak Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-148 di bangunan Parlimen bagi memperkukuh penyelarasan gerak kerja antara pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
00:15Masyarakat berkala itu turut menjadi platform penting untuk menyelaras isu berkepentingan nasional serta memantapkan hubungan kerjasama antara kedua-dua peringkat kerajaan.
00:26Anwar berkata mesyuarat itu memberi tumpuan kepada usaha mempererat kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri khususnya dalam penyelarasan dasar serta pelaksanaan inisiatif pembangunan secara bersama lebih tersusun serta berkesan.
00:42Beliau menegaskan setiap dasar dan inisiatif pembangunan dilaksanakan perlu memberi kesan positif kepada kehidupan rakyat dan tidak bersifat retorik semata-mata.
00:52Penekanan juga diberikan kepada aspek kebajikan dan kesejahteraan rakyat bagi memastikan setiap keputusan dan perancangan yang digariskan dapat diterjemahkan kepada manfaat yang nyata dan dirasai secara langsung oleh rakyat terutama golongan memerlukan.
01:09Mesyuarat itu merupakan saluran utama dalam memastikan keselarasan dasar, keutamaan pembangunan dan pelaksanaan program dapat dilaksanakan secara seiring.
Comments

Recommended