00:00Seterusnya, saya akan memperincikan dan mengulas beberapa ahli Dewan Rakyat yang telah memberikan pandangan dan juga idea dan juga menekankan beberapa perkara yang dianggap boleh membantu pihak Kementerian.
00:18Saya akan terus ke Seputih yang telah membangkitkan apakah strategi ataupun langkah-langkah strategik untuk mengembalikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama.
00:34Saya tahu ahli Parlimen Seputih sentiasa memberikan pendekanan yang khusus kepada Pulau Langkawi.
00:41Mungkin ada sejarah yang kita tidak tahu sebelum ini.
00:48Pertama, berkenaan dengan pemulihan pelancongan Langkawi.
00:52Pemulihan positif tetapi kita akui belum di tahap maksima.
00:58Prestasi industri pelancongan Langkawi ada menunjukkan dan tanda-tanda pemulihan.
01:03Tetapi tanda-tanda pemulihan ini belum mencapai sasaran seperti pra-pandemik.
01:10Berdasarkan data LADA, perbandingan pra-pandemik angka 2024, 2.9 juta masih lebih rendah berbanding ketibaan pra-pandemik 3.9 juta setahun dengan kadar pemulihan 74%.
01:26Bagi tahun 2025 sehingga Ogos, kadar pemulihan adalah di bawah paras 81%.
01:34Apakah cabaran yang kita lalui bersama?
01:39Pertama, berkenaan dengan kos penebangan domestik yang masih lagi dianggap dalam kadar yang tinggi.
01:48Kedua, kebergantungan pasaran.
01:53Pulau Langkawi masih lagi memberikan fokus utama lebih kepada pasaran domestik.
01:59Bukan kita melabelkan Langkawi ini menjadi tarikan hanya untuk rakyat Malaysia.
02:08Tetapi perlu juga kita memberikan penekanan dan promosi yang lebih supaya kita dapat menarik para pelancong di luar daripada Malaysia.
02:17Itu sebabnya dalam misi sales mission, Langkawi sentiasa digambarkan sebagai satu pulau yang cukup indah.
02:28Satu pulau yang sesuai dengan percutian kekeluargaan ataupun keluarga yang boleh merapatkan hubungan yang khususnya bagi percutian keluarga.
02:40Keduanya juga, kita juga mempromosikan Langkawi dari sudut ekoturism.
02:46Kerana kita tahu Klim Jo Park tidak silap saya, memang cukup terkenal dengan hazanah alam semula jadinya.
02:56Ketiga juga, kita mempunyai persaingan serantau.
02:59Menghadapi persaingan dari destinasi serantau seperti Hadnyei dan Phuket.
03:03Kita di bawah Turism Malaysia mempunyai satu jabatan yang mengkaji dan juga memberikan pelan tindakan
03:14bagaimana saingan yang kita hadapi ini kita boleh tawani dengan cara yang lebih efektif.
Comments