00:00Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Session Kuantan pada Khamis atas pertuduhan menikam seorang pekebun sehingga mengalami kecederaan parah pada minggu lalu.
00:10Tertuduh Jabalul Ahimad Syafiee, 25 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie.
00:20Bagaimanapun, tiada hukuman direkut pada proseding tersebut.
00:23Berdasarkan pertuduhan, Jabalul mengaku dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas pekebun berusia 38 tahun dengan menggunakan senjata menikam bahagian perut.
00:35Perbuatan tersebut dilakukan di Kampung Sri Damai Batu 7 Jalan Gambang jam 6.40 petang pada 31 Oktober lalu.
00:43Bagi kesalahan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta denda atau sebat.
00:54Terdahulu, timbalan pendakwa raya, Aziza Ahmad memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula bagi menjatuhkan hukuman dan mengemukakan faktor kes lanjut.
01:04Beliau juga tidak menawarkan sebarang jaminan atas aspek keselamatan kerana kediaman tertuduh berdekatan dengan mangsa.
01:11Mahkamah kemudian menetapkan 12 November ini sebagai tarikh sebutan semula bagi faktor kes dan jatuh hukum.
01:18Sinar harian pada Ahad melaporkan dendam dipercayai menjadi punca seorang lelaki ditikam kenalannya di Kampung Sri Damai.
01:27Mangsa cedera di perut selepas ditikam menggunakan pisau sepanjang kira-kira 5 inci di hadapan rumahnya.
01:33Terima kasih telah menonton!
Comments