MetMalaysia naik taraf sistem amaran tsunami, percepat keluar maklumat - Johari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sedang menaik taraf Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) bagi mempercepat pengeluaran maklumat mengenai gempa bumi dan amaran tsunami.
Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, amaran awal gempa dan tsunami pada masa ini dikeluarkan dalam tempoh lapan minit selepas pengesanan, disalurkan kepada agensi berkaitan dan orang awam melalui pelbagai saluran komunikasi.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai persediaan negara menghadapi kejadian gempa bumi terutamanya bagi kawasan yang tidak pernah mengalaminya termasuk langkah pemberitahuan awal.
Be the first to comment