Bekas suami culas bayar nafkah mungkin berdepan sitaan kewangan - Mohd Na'im
Langkah menyita simpanan kewangan bekas suami yang culas membayar nafkah sedang diusahakan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata, Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan perbincangan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membolehkan pelaksanaan langkah itu menerusi perintah Mahkamah Syariah.
Be the first to comment