Perikatan Nasional (PN) membantah sekeras-kerasnya kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur susulan peranan negara tersebut yang didakwa bersekongkol dengan rejim Zionis Israel.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) berkata, Malaysia mesti mengambil pendirian tegas dan berprinsip terhadap kekejaman rejim Israel dan sekutunya termasuk AS, yang terus menafikan hak rakyat Palestin.
Be the first to comment