Skip to playerSkip to main content
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia dan Indonesia terus mengekalkan hubungan baik meskipun berlaku insiden melibatkan kapal tinjau milik Petronas yang dikepung dan dihalau oleh lebih 100 bot nelayan negara jiran itu, baru-baru ini.

Menurutnya, kerajaan Malaysia memandang serius perkara tersebut, namun ia tidak sampai ke tahap perlu dibawa kepada perhatian Presiden Indonesia, Prabowo Subianto memandangkan kedua-dua negara mempunyai saluran komunikasi mesra bagi menyelesaikan isu berbangkit.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di Dewan Rakyat pada Khamis.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/753668/berita/nasional/isu-kapal-petronas-dikepung-nelayan-indonesia-diselesai-secara-baik---pm

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #isukapalpetronasdikepungnelayanindonesia
Be the first to comment
Add your comment

Recommended