Dua anggota Unit Cegah Jenayah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Melaka pada Khamis atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM2,000 sebagai dorongan untuk melepaskan sepasang kekasih yang dicekup berdua-duaan di dalam sebuah kereta.
Tertuduh, Mohd Zulhelmi Zaini, 36, berpangkat koperal, dan Mohamad Arif Roslan, 26, berpangkat konstabel, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.
Be the first to comment