Skip to playerSkip to main content
Isu penagihan dadah bukan lagi sekadar masalah sosial, ia kini menuntut kefahaman saintifik, penyelidikan mendalam dan pendekatan berasaskan bukti. Dalam mendepani ancaman baharu seperti dadah sintetik dan penagihan digital, sains menjadi kunci utama membina penyelesaian yang lebih manusiawi dan berkesan. Ikuti perbincangannya dalam AWANI Pagi.

#AWANInews #AWANIpagi
Transcript
00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat pagi kepada anda semua yang sedang menonton awal ini pagi. Anda sedang bersama saya, Kabir Aziz.
00:12Baik, isu penagian dadah bukan sekadar masalah sosial. Ia kini menuntut kefahaman saintifik, penyelidikan mendalam dan pendekatan berasaskan bukti.
00:21Dalam mendepani ancaman baharu seperti dadah sintetik dan penagian digital, pendekatan sains menjadi kunci utama membina penyelesaian lebih manusiawi dan berkesan.
00:30Bagaimana sains boleh mengubah cara kita memahami penagihan dan sejauh mana Malaysia bersedia menghadapi cabaran baharu ini.
00:36Untuk bercakap lebih lanjut, kita bersama dengan Puan Zalwani Zalkapli, pengarah bagian dasar dan hubungan antarabangsa Agensi Anti-Dadah Kebangsaan bersama kita dalam studio pada pagi ini.
00:46Assalamualaikum dan selamat pagi, Puan.
00:47Assalamualaikum, selamat pagi.
00:49Puan siap, Puan?
00:50Alhamdulillah.
00:50Jadi, Puan, pada pagi ini kita akan bercakap tentang simposium sains penagihan dadah kebangsaan 2025.
00:55Sebelum kita mulakan, mungkin Puan boleh kongsikan apa sebenarnya peranan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan atau AADK dalam membuat dasar dan segala program yang dilaksanakan bagi mengurangkan penurunan kadar penagihan dadah di Malaysia, Puan.
01:08Okey, terima kasih.
01:10Sebagai mana yang kita sedia maklum, AADK adalah satu-satunya agensi yang telah diberikan amanah dan kuasa untuk menangani isu penagihan dadah, isu-isu berkaitan dadah di Malaysia.
01:22Baru-baru ini kita telah meminda akta penagihan dadah dan kita telah luaskan skop AADK di mana kita sekarang cover bukan sahaja penagihan dadah tetapi penagihan penyalahguna dadah dan juga bahan.
01:39Dan dasar-dasar ini, itulah peranan AADK.
01:42Kita lihat perkembangan semasa, kita kaji situasi semasa dan kita cadangkan pembaruan dasar yang sesuai dengan keadaan semasa.
01:52Selain daripada itu, kita ada tiga fungsi utama iaitu pencegahan, penguatkuasaan dan juga rawatan dan pemulihan.
01:58Pencegahan ini aktiviti biasa yang kita lakukan seperti pergi ke sekolah, pergi ke universiti, pergi kepada masyarakat, pejabat untuk menyatakan, untuk memberitahu masyarakat tentang masalah dadah dan bagaimana kita boleh mencegah.
02:11Cegah adalah lebih baik daripada kita merawatkan dan kemudian penguatkuasaan.
02:17Penguatkuasaan, kita bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain seperti PDRM, APMM untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan dan mendapatkan mereka-mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan dan penagihan dadah.
02:34Dan kita ada rawatan dan pemulihan. That is the most important element di dalam AADK di mana setelah mereka ini dibawa kepada kita, kita rawat dan pulihkan kembali supaya mereka tidak kembali kepada penagihan mereka sebelum itu.
02:50Baik Puan dan dengan peredaran masa saya kira, kadar penagi dadah di Malaysia masih tinggi dan walaupun pelbagai dasar telah dibuat dan program telah dilaksanakan, kenapa menurut Puan kadar penagihan masih belum menunjukkan penurunan yang konsisten di Malaysia?
03:05Okey, untuk adil, to be fair, kadar penagihan dunia meningkat, dunia meningkat by 20% setiap tahun.
03:14Okey, jadi Malaysia tidak terkecuali. Lagi-lagi cabaran kita, kita berada di dalam kawasan berhampiran dengan golden triangle dan kita adalah hub kepada perjalanan dadah untuk ke tempat-tempat lain.
03:33So, kita banyak cabaran-cabaran, selain daripada cabaran-cabaran kemasukan bahan itu sendiri, geografi juga memainkan salah satu faktor yang penting.
03:47Walaubagaimanapun, kenapa, to go back to the question, kenapa kita tak boleh turunkan?
03:52Sebab masalah dadah ini sentiasa berkembang.
03:56Kan, dadah bukan lagi dadah sebagaimana yang kita tahu dahulu, organic dan sebagainya.
04:03Setiap masa ia berkembang dan setiap hari kita bantras, kita kuatkuasakan undang-undang untuk bahan A,
04:11tiba-tiba A campur B, dia jadi pula bahan lain keesokan harinya.
04:14Dan kita ada saintis-saintis yang hebat yang menghasilkan dadah-dadah ini.
04:17So, untuk mengurangkan mungkin dengan perkembangan teknologi semasa agak mustahil untuk kita cakap nak terus kurangkan ataupun zero, right?
04:30Tapi kita boleh kawal.
04:32Dengan itu, AADK punya motor adalah untuk dadah terkawal.
04:38Maknanya kita kawal situasi itu supaya dia tidak lebih merebak.
04:42Dapat kurangkan sikit pun, alhamdulillah.
04:45Tapi untuk kurangkan dengan drastik adalah sesuatu yang agak mustahil pada masa ini.
04:48Baik puan, dan saya kira dengan pelbagai faktor yang baru muncul untuk kita,
04:53orang kata, boleh menambahkan lagi kadar penagihan dadah di dunia global sendiri.
04:58Adakah itu menunjukkan yang perlu kita menilai semula pendekatan dalam memulihkan penagihan dadah ini?
05:04Mungkin dengan pendekatan berasalkan sains dan penyelidikan yang boleh mengubah strategi negara dan membasmi penagihan dadah itu puan?
05:10Betul. Sebab itu kita mengadakan simposium sains penagihan dadah ini.
05:15Setiap tahun, AADK mempunyai geran penyelidikan yang kita berikan kepada institusi-institusi pendidikan
05:21untuk menghasilkan kajian-kajian berkaitan dengan isu dadah dan bahan.
05:27So, kajian ini bukan sahaja terhad kepada jenis-jenis dadah baru ataupun sebagainya.
05:33Dia menyeluruh termasuklah kualiti perkhidmatan, AADK, keberkesanan penyampaian,
05:39AADK, keberkesanan dasar dan juga pendekatan rawatan serta teknologi-teknologi terkini yang boleh kita guna pakai.
05:48So, di dalam simposium sains penagihan dadah ini, kita akan terangkan kepada masyarakat semua yang hadir
05:55tentang apa teknologi terkini yang kita guna pakai dalam usaha untuk kita menangani masalah dadah di Malaysia.
06:03Baik, dan bila kita bercakap tentang pendekatan sains itu, Puan.
06:06Mungkin Puan boleh beri contoh bagaimana dapatan kajian itu sendiri boleh mengubah cara AADK atau AADK-ACC lain
06:13membuat intervention kepada penarga-penarga dadah ini.
06:15Okey, saya ingin ambil satu contoh model rawatan yang kita panggilkan Aipulih.
06:22So, model ini adalah satu model yang digunapakai oleh pihak AADK.
06:27Walaubagaimanapun, pengkaji suka melihat kepada keberkesanan model ini.
06:33So, antara kajian-kajian yang telah dibuat, banyak pembaharuan yang boleh kita lakukan.
06:38sebab model ini sekarang menekankan kepada evidence-based.
06:43So, rawatan adalah berdasarkan apa yang berdasarkan evidence, berasaskan bukti.
06:48Dan kita juga sentiasa menggunakan teknologi-teknologi terkini
06:52untuk membantu klien-klien dan juga penarga-penarga dadah.
06:58Sebagai contoh, antara satu sistem yang kita guna pakai,
07:01kita telah pun membangunkan satu aplikasi yang membolehkan
07:05sebab kita ada klien terlibat dalam institusi dan klien dalam komuniti.
07:12Untuk kita memastikan klien komuniti ini kekal pulih
07:16dan tidak kembali kepada penargaan or relapse dalam bahasa Inggeris ini.
07:21Ya, Puan. Dan dari segi rawatan itu, kita dapat lihat AADK melihat penarga-penarga dadah ini
07:27adalah seperti orang yang memerlukan rawatan.
07:29Betul.
07:29Buat kebukanlah penarga yang seperti kita, stigma dahulu adalah penarga yang di tepi jalan
07:33yang memegang jarum suntik untuk mencucur diri mereka sendiri.
07:37Jadi, bagaimanakah sains penargaan ini boleh membantu mengubah stigma masyarakat
07:41terhadap penarga daripada seorang bersalah kepada individu yang perlu dirawat?
07:45Okey. Kita untuk mengubah stigma memerlukan penglibatan yang hebat daripada komuniti.
07:53Kefahaman komuniti mengenai penargaan dadah harus selari
07:58dengan perkembangan teknologi ataupun pembangunan dasar semasa.
08:03So, di dalam simposium ini, kita akan terangkan mengenai
08:07bagaimana kita memperluaskan akses rawatan.
08:12Sebagaimana yang kita sedia maklum, kerajaan baru-baru ini
08:15telah menguatkuasakan pindahan akta penarga dadah dan penyalahgunaan dadah dan bahan.
08:21di bawah akta itu, kita meluaskan akses rawatan
08:25dan kita menganggap penarga bukanlah penjenayah
08:32sebaiknya adalah pesakit yang memerlukan rawatan.
08:36Justru, simposium ini akan menjelaskan kepada masyarakat
08:39mengenai apa yang kita lakukan, bagaimana kita boleh membantu mengubah stigma ini
08:45sebab ia adalah satu perjalanan sekiranya seseorang itu bersalah
08:50dan dimasukkan dan mendapatkan rawatan.
08:53Kemudian bila dia keluar, dia masih dalam keadaan sihat
08:56dan masih lagi mendapat stigma-stigma negatif.
08:59Bagaimanakah dia mahu berubah dan mengubah hidupnya?
09:04Mungkin dia akan kembali kepada penagihan.
09:06So, masyarakat memainkan peranan yang penting.
09:08Selain daripada itu, pendidikan juga harus diberikan kepada remaja
09:16kerana remaja adalah golongan yang paling banyak terkesan dalam data yang kita
09:22Untuk makluman, AADK mengumpul data daripada empat sumber
09:26kita adalah sumber data pusat berkaitan dengan penanggungan dadah
09:31penyalahgunaan dadah dan bahan
09:32kita dapat data daripada PDRM
09:34kita kumpulkan data daripada PDRM, Kementerian Kesehatan
09:37AADK sendiri dan Pusat Pemulihan Persendirian
09:39So, data-data ini menunjukkan penagihan tertinggi dalam kalangan belia
09:44So, bagaimana kita boleh membantu belia
09:47bagaimana sains boleh membantu kita mengesan masalah ini
09:53mencegah dan juga mengatasinya
09:55Jadi, kepada individu-individu yang dikatakan adalah pesakit yang perlu dirawat ini
10:00adakah mereka perlu datang kepada AADK untuk memerlukan rawatan
10:04ataupun menunggu AADK untuk datang kepada mereka?
10:06Okay, this is a very good question
10:08Kenapa? Kerana dulu kita ingat orang yang pergi ke Pusat Pemulihan
10:13yang mendapatkan rawatan adalah mereka yang kena tangkap
10:17tangkap, kalau tak pergi jel pergi ke puspen
10:20Tidak, sekarang mereka boleh datang secara sukarela ke AADK
10:26So, kita akan melaksanakan penilaian
10:29dan kita akan tentukan rawatan yang bersesuaian dengan masalah mereka
10:35So, sekiranya perlu dirawat di institusi, institusi lah
10:38Sekiranya tidak perlu dirawat di institusi, kita ada satu program yang kita namakan
10:43rawatan dalam komuniti
10:44So, rawatan dalam komuniti ni ada lebih 50,000 ni
10:49yang akan 50,000 klien
10:52di mana mereka akan datang ikut aktiviti dari masa ke semasa
10:56and of course lah ada urine test dan sebagainya
10:59untuk memastikan mereka bersih daripada sebarang gejala dadah dan bahan
11:03Ya, mungkin dan apakah mungkin apa nak kata
11:06mungkin mereka takut nak PDA, jadi apakah mungkin faktor yang mereka perlu ada
11:11untuk requirement yang mereka perlu ada
11:13sedikit, sekecik-kecik mana addiction mereka mungkin untuk datang ke AADK
11:16Ok, sekiranya anda rasakan
11:19sekiranya mereka rasakan
11:20mereka sudah berada dalam satu keadaan yang tidak terkawal
11:23ataupun bergantungan terhadap sebarang ubat yang inisialnya
11:27di preskribikan oleh doktor
11:30tetapi mungkin telah berlarutan
11:32atau disalahguna dan sebagainya
11:34dan mereka ada rasa ada masalah itu
11:36mereka boleh datang ke AADK tanpa secara sukarela
11:41dan takkan ada sebarang rekod jenayah
11:43sebab dia tak kena tangkap
11:44dia datang secara sukarela
11:45dan mereka boleh dapatkan rawatan yang bersesuaian
11:51kita juga, macam saya kata tadi
11:54mungkin kalau rawatan dalam institusi
11:55dia kena duduk dalam institusi lah
11:57tapi kalau dalam rawatan komuniti
11:59mungkin mereka tidak perlu meninggalkan pekerjaan
12:03atau berhenti kerja
12:04mereka boleh terus menjalani kehidupan seperti biasa
12:06kerana rawatan itu dilaksanakan dalam komuniti
12:09rawatan dalam komuniti ni
12:10dia boleh datang buat satu aktiviti
12:12jalani kursus dia, modul dia
12:14dan adalah cara bagaimana kita dikira
12:17dengan syarat dia patuh dan sentiasa datang rawatan
12:19dan mungkin adakah individu-individu yang mungkin berjawatan tinggi
12:24yang telah mahafir AADK untuk mendapat rawatan ni?
12:28kita tak bolehlah nak cakap dia
12:30sebab kita takut mungkin orang takut untuk
12:32mahafir ni sebab mungkin ada stigma yang mereka kena dipandang rendah oleh masyarakat
12:35sedangkan orang-orang yang mungkin ada berjawatan juga pernah
12:39well di dalam data kita menunjukkan ada di dalam kalangan klien kita
12:44adalah golongan profesional yang mungkin yang berpendidikan tinggi
12:50master pun ada
12:51jadi saya rasa malu itu adalah perkara yang kedua
12:59kerana yang pertama adalah pentingnya untuk kita mendapatkan rawatan
13:02dan pentingnya untuk kita mendapatkan rawatan itu tanpa menjejaskan kehidupan seharian
13:07itu yang paling penting
13:09maksudnya tidak kira apa jawatan kita pun
13:11kalau kita tahu kita ada addiction itu sendiri
13:13kita harus ambil langkah untuk kita pulihkan addiction itu sendiri
13:16jadi baik puan ada banyak lagi kita akan bincangkan tentang simposium
13:20sains penagenda dan kebangsaan 2025
13:22tapi kita perlu berhenti berehat seketika
13:24kita akan kembali selepas ini
13:25baik bertemu kembali masih lagi bersama saya dan studio
13:41Puan Zalwani Zalkapli
13:42pengarah bahagian dasar dan hubungan terbangsa
13:46agensi anti dadah kebangsaan
13:47membincangkan tentang simposium sains penagenda dan kebangsaan 2025
13:51jadi puan sebelum kita berehat tadi kita ada bincangkan tentang individu-individu yang perlu mendekati ADK
13:57untuk mendapatkan pemulihan dan juga bagaimana sains boleh membantu mereka dalam mengatasi penagenda dadah ini
14:02dan kini kita nak beralih apakah sebenarnya peranan institusi pengajian tinggi IPT dan komuniti
14:07dalam memperkukuh usaha pemulihan dan mencegah berasaskan bukti saintifik itu puan
14:12saya rasa institusi pengajian tinggi ini memainkan peranan yang sangat penting
14:16kerana nombor satu mereka mempunyai pengkaji-pengkaji yang memang memfokus kepada sesuatu bidang
14:23sebagai contoh sains sosial, kesihatan dan sebagainya
14:26so kajian-kajian mereka ini memang dapat, memang boleh membantu ADK untuk menambah baik
14:35bukan sahaja dasar tetapi juga mungkin SOP
14:38atau cara kita merawat dan perdekatan-perdekatan pencegahan dan pengakuasaan yang berkaitan
14:44untuk itu di SSPDK ini kita menggalakkan supaya lebih ramai student dan pensyarah yang datang
14:51kerana mereka bukan sahaja dia boleh datang dan mendengar hasil kajian yang telah dilakukan
14:57tetapi juga adalah sebagai satu peluang untuk dia network dan mengenal ADK dan juga
15:04mereka-mereka yang berkaitan dan terlibat dalam pencegahan dan rawatan
15:09untuk mereka membuka minda untuk mencadangkan kajian-kajian yang mungkin kita tak terfikir
15:17hanya universiti atau institusi pendidikan sahaja yang faham apa yang mereka boleh lakukan
15:23dan mereka boleh network with us dan mencadangkan kajian bila kita buka kajian untuk tahun 2026 nanti
15:32dan mungkin Puan ada contoh kajian-kajian yang dikemukakan oleh universiti-universiti ini
15:37yang boleh digunakan dalam pembuatan dasar akan datang dalam akta penagaan dadah ini Puan
15:41Ok, kita sedang dalam proses untuk melihat semula mengkaji keberkesanan dan mencadangkan
15:50pembaruan dalam dasar dadah negara
15:52so kajian-kajian yang mereka lakukan seperti status dadah semasa bagaimana dadah itu masuk ke dalam komuniti
16:02apakah bahan-bahan yang mungkin boleh mendatangkan kemudaratan bagaimana bahan-bahan ini boleh dikesan di dalam badan
16:12kita ada kajian yang melihat bagaimana satu penagih penyalangguna dadah itu ada berapa lagi orang yang terlibat di sekitar mereka
16:25semua kajian-kajian ini kita boleh gunakan dalam merangka not only dasar tetapi juga aktiviti-aktiviti penjagaan yang ingin kita lakukan
16:36baik Puan dan dengan kerjasama bersama dengan pengajian tinggi ini bagaimana simposium ini
16:41seperti kita tahu kita tak nak simposium ini menjadi sekadar wacana sahaja
16:44jadi bagaimana simposium ini dapat kita kukuhkan kerjasama antara penyelidik dengan pembuatan dasar dan juga agensi penguatkuasaan
16:51supaya hasilnya membuahkan hasil kepada pembuatan dasar dan bukan sekadar menjadi wacana sahaja pada hari esok ini
16:58betul, kita sentiasa hasil daripada simposium ini adalah kita akan hasilkan satu resolusi
17:07dan resolusi itu memerlukan tindakan susulan yang memerlukan kerjasama bukan sahaja daripada antara agensi kerajaan
17:14tetapi juga antara agensi kerajaan bersama masyarakat, institusi pendidikan tinggi, institusi pendidikan sekolah dan NGO
17:25kita ada pusat untuk makluman kita juga ada pusat rawatan pemulihan persendirian
17:33yang juga terdiri daripada NGO yang akan hadir ke dalam sesi ini
17:37jadi dengan kehadiran institusi pengajian tinggi, wakil-wakil institusi pengajian tinggi, pensyarah, pelajar dan juga pelajar-pelajar sekolah
17:49kita akan dapat mendengar pandangan daripada semua pihak dan seterusnya menjalinkan kerjasama strategi
17:55itu yang kita harapkan
17:56ya baik puan dan saya terdengar tadi tentang tindakan susulan, mungkin puan boleh kongsikan selepas simposium ini
18:01apakah tindakan susulan yang akan diambil selepas mendengar segala kajian yang didapati nanti
18:05ok, macam saya katakan tadi, hasil simposium satu hari ini kita akan hasilkan satu resolusi
18:11so, resolusi ini adalah sesuatu yang ingin kita capai moving forward
18:17melangkah kehadapan apa yang kita ingin capai
18:19so, perkara-perkara ini adalah satu
18:21sekarang kita tak boleh cerita kerana resolusi itu hanya akan diumumkan selepas simposium berlangsung
18:28dan dia akan mengambil kira input-input daripada simposium tadi
18:32jadi, kita boleh kata pandangan mereka yang hadir di dalam simposium ini
18:38akan kita gunakan dan ambil kira dalam pembangunan polisi
18:44ataupun tindakan-tindakan selanjutnya yang akan dilakukan oleh ADK
18:52baik puan dan kepada mereka yang mungkin akan menghadiri kepada simposium sains pendagang dadah kebangsaan 2020 ini
18:58apakah mungkin yang mereka boleh expect ketika mereka datang
19:01apakah pengisian utama dan dapatan penting yang dijangka oleh mereka ketika mereka akan datang nanti
19:06mungkin ada orang rasa subjek ini agak tertumpu kepada satu kumpulan sahaja
19:12tetapi tidak, kerana pencegahan dadah memerlukan perlibatan komuniti
19:18kita perlukan daripada sekecil-kecil institusi keluarga, masyarakat dan seterusnya kerajaan di peringkat pembuatan dasar
19:27jadi, hadirlah ke simposium ini
19:29kerana kita bukan sahaja ia dapat
19:33siapa yang datang akan dapat mempelajari sesuatu yang baru
19:37tetapi yang paling penting, apa yang kita mahukan adalah
19:40untuk membuka minda masyarakat
19:43bahawa ini adalah tanggungjawab kita bersama
19:46dan simposium ini akan menerangkan kepada sesiapa yang hadir
19:51tentang bagaimana kita boleh menyumbang untuk membantu mengurangkan masalah dadah di Malaysia
19:57baik puan, dan dengan kerajaan madani yang kita ada sekarang ini
20:00adakah simposium ini selari dengan aspirasi Malaysia Madani dalam membina masyarakat inklusif dan juga bebas dadah puan?
20:07betul, dia sangat tepat kerana satu, sebagai mana yang saya nyatakan tadi
20:12perlibatan komuniti, perlibatan semua golongan
20:16tiada golongan yang dikecualikan dalam aktiviti untuk mengurangkan masalah dadah di Malaysia
20:21jadi, ini adalah pertepatan dengan aspirasi kerajaan madani
20:25dan kita harap dengan perlibatan semua pihak kita mampu mencapai matlamat yang kita inginkan
20:31adakah pendekatan sertifik ini juga mencerminkan nilai-nilai madani
20:34seperti isan, hormat dan kesejahteraan itu puan?
20:37betul, dia bukan sahaja mengandungi elemen-elemen tersebut
20:44tetapi banyak lagi
20:46tetapi banyak lagi kerana kita melihat dia daripada pelbagai sudut
20:53sebagai mana yang telah saya nyatakan tadi
20:54daripada aspek pencegahan, rawatan, penguatkuasaan, sains, komuniti dan masyarakat
21:01dan saya rasa dengan cuba mengubah stigma daripada pesalah ataupun pesalah penjenayah kepada pesakit
21:14itu juga memerlukan satu orang kata kefahaman, kesumpanan, adab bagaimana kita melayan semua individu dalam masyarakat
21:25baik dan saya kira dalam aspek penagihan dadah ini lebih kita tumpukan sepatutnya kepada
21:31kalau yang seperti puan kata dalam data statistik
21:34penagihan dadah kebanyakan daripada belia
21:37jadi mungkin kita perlu alihkan attention kepada ibu bapa
21:40jadi akan simposium ini akan memberikan fokus itu terhadap ibu bapa untuk mereka tahu
21:44bagaimana untuk menangani anak-anak yang sudah menagih dadah
21:48ataupun kajian saintifik yang mereka boleh terangkan kepada anak-anak mereka
21:52untuk mereka mengelakkan anak-anak mereka menagih dadah itu puan
21:55ok simposium ini bukan sekadar pembentangan kertas cadangan
21:58tetapi kita ada juga booth-booth agensi terutamanya ADK
22:04dan kita ada pameran daripada universiti berkaitan apa kajian yang telah mereka lakukan
22:11apa teknologi terkini yang boleh digunakan pakai
22:15jadi ibu bapa boleh mendapat maklumat
22:20dan boleh bertanya terus kepada pegawai-pegawai ADK yang ada
22:25kita juga ada jualan produk-produk suka
22:32produk-sukanya adalah produk yang dihasilkan oleh klien-klien kita di pushpan
22:37so apa yang kita ketengahkan, bukan kita nak ketengahkan jualan produk itu
22:41tapi apa yang saya cakap adalah di pushpan sekiranya mereka menghantar anak mereka secara sukarela
22:47terdapat juga program-program yang boleh membantu meningkatkan tahap ekonomi
22:52sebagai persediaan mereka selepas mereka keluar nanti
22:55jadi apa yang kita ingin tunjukkan adalah perjalanan daripada end-to-end
22:58dan juga menambah kefahaman berkaitan dengan sains penagihan dadah itu sendiri
23:05baik dan selain itu siapa lagi fokusnya simposium ini kepada selain ibu bapa
23:09mungkin selain pada pihak berkepentingan agensi-agensi
23:12kita nak fokuskan kepada komuniti juga ke atau bagaimana puan
23:16ya, komuniti macam saya katakan tadi adalah memainkan peranan yang amat penting
23:20dalam membantu usaha-usaha mencegah dan mengawal masalah dadah di Malaysia
23:27kita juga inginkan perlibatan NGO
23:31supaya NGO tahu apa yang berlaku di dalam pusat rawatan
23:39pusat puspen dan juga apakah rawatan yang kita berikan kepada klien
23:45dan juga apa yang sedang kita lakukan untuk menambah baik perkhidmatan kita di masa hadapan
23:52itu adalah penting kerana kadang-kadang NGO ini pun run dia punya pusat pemulihan
23:57pemulihan persendirian dan mungkin apa yang kita bentangkan boleh digunakan
24:03digunapakai oleh mereka di pusat PPP mereka sendiri
24:06ya betul puan dan mungkin sebelum kita berakhir apakah mungkin harapan puan kepada mereka
24:10yang akan hadir pada simpozu hari esok ini bagaimana orang ramai boleh mengambil manfaat
24:14daripada simpozu ini dan bukan sekadar hadir tapi menjadi sebahagian daripada usaha penyelesaian ini puan
24:19saya rasa macam saya katakan tadi mungkin bagi setengah pihak perkara ini adalah dry ataupun kering
24:29tetapi masalah ini memerlukan masalah dadah gejala dadah memerlukan perlibatan semua pihak
24:35oleh yang demikian saya galakkan semua golongan masyarakat untuk hadir
24:41terutamanya ibu bapa, institusi keluarga dan juga komuniti
24:46kerana ini adalah peluang penting untuk kita bertanya, untuk kita memahami
24:51dan untuk kita membantu dalam mengurangkan gejala dadah di Malaysia
24:56baik dan dengan itu saya ucapkan terima kasih kepada Puan Zalwani Zakafli
25:00atas perkongsian yang sangat bermakna pada pagi ini
25:02jelas sekali simpozium ini bukan sekadar medan wacana
25:05tapi satu langkah konkret ke arah membina dasar dan intervensi
25:09yang lebih berkesan dan manusiawi
25:11semoga usaha ini menjadi titik tolak kepada perubahan besar
25:13dalam cara kita memahami dan menangani isu penagihan dadah di Malaysia
25:18jadi itu saja untuk Awani Pagi
25:19saya Kabir Aziz, kita jumpa lagi
Comments

Recommended