00:00Pertindihan kerusi membabitkan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan akan dimuktamadkan dalam mesyuarat khas antara dua parti ESO, kata pengurusi BN Sabah, Bung Mokhtaradin.
00:11Enggan mendedahkan don terbabit, Ketua UMNO Sabah itu berharap satu keputusan terbaik dapat dicapai untuk mengelakkan pertembungan dua parti yang telah setuju bekerjasama pada PRN Sabah 29 November depan.
00:23Sementara itu, sumber parti memberitahu FMT terdapat tujuh kerusi menjadi rebutan antara BN dan PH, antaranya Gum-Gum, Segama, Sindumin, Tanjung Aru, Liawan dan Kemabung.
00:37Menurutnya, BN juga akan memanggil semua calon bertanding pada PRN Sabah pada 8 November nanti untuk menandatangani perjanjian bagi mengekang tindakan mengkhianati parti pada masa depan, termasuk bayaran diganti rugi sebanyak RM100 juta.
00:50Pada 26 September lalu, setiausaha agung PH Saifuddin Nasution Ismail berkata rundingan pembagian kerusi antara pihaknya dan BN bagi menghadapi PRN Sabah berada di peringkat akhir dengan hanya dua atau tiga kerusi belum dimuktamadkan bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri.
Be the first to comment