00:00Pelajar perempuan tingkatan 3 sebuah sekolah di Melaka dipercayai dirogol dua pelajar senior di dalam kelas.
00:08Kejadian itu juga dirakam menggunakan telefon bimbit dan dilihat oleh dua pelajar lain.
00:14Kejadian itu terbongkar pada petang Jumaat selepas ibunya mendapat maklumat mengenai penyebaran video itu daripada guru sekolah sebelum membawa mangsa membuat laporan polis.
00:24Menurut sumber kejadian berlaku kira-kira jam 2.50 petang pada 2 Oktober lalu ketika pelajar berpatah balik ke kelasnya untuk mengambil bahan projek mata pelajaran sains yang tertinggal.
00:37Sebaik tiba di kelas, mangsa yang juga pengadu mendapati ada dua pelajar lelaki senior berusia 17 tahun sedang menghendapnya dari celah pintu kelas.
00:46Bagaimanapun selepas mengambil barangannya dan sedang menuruni tangga, tiba-tiba suspek pertama menggenggam kuat tangan mangsa, menuntuk mulut dan menolaknya masuk semula ke dalam kelas.
00:57Seorang lagi rakannya pula menjaga di kawasan tangga. Dua lagi pelajar lelaki lain berusia 17 tahun masuk ke dalam kelas melihat suspek pertama membogekal mangsa dan merogolnya.
01:08Menurutnya, kejadian itu disaksikan ke semua empat suspek sebelum suspek kedua juga merogol pengadu, manakala suspek ketiga bertindak merakam perbuatan jijik itu menggunakan telefon milik suspek pertama.
01:21Sumber berkata suspek keempat pula menjaga kawasan kelas bagi mengelak jenayah itu terbongkar sebelum kesemua mereka meninggalkan pengadu di dalam kelas.
01:30Akibat kejadian pengadu mengalami trauma, tidak mempercayai sesiapa dan takut untuk ke sekolah sehinggalah kejadian itu terbongkar pada Jumaat apabila ibunya mendapat makluman kejadian daripada guru.
01:43Susulan laporan itu mangsa telah dirujuk ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut dan masih menjalani rawatan.
01:49Dalam pada itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Zulhairi Mohtar ketika dihubungi mengesahkan keempat-empat suspek yang juga calon sijil pelajaran Malaysia SPM telah direman di Mahkamah Ikeroh pada Sabtu.
02:02Suspek direman sehingga Kamis depan bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan Kerana Rogol secara berkumpulan.
Comments