00:00Seorang pengutip besi buruk dihadapkan ke Mahkamah Session 1 di Georgetown atas pertuduhan merompak seorang wanita warga sepenyul di pusat bandar pada September lalu.
00:10Anne Kanan didakwa telah melakukan kesalahan merompak sebuah beg milik Sheila Rodriguez Navarro 26 tahun di hadapan sebuah premis di Lorong Abu City, Georgetown pada jam 6 suku pagi 30 September lalu.
00:24Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat.
00:35Tertuduh yang berusia 43 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Juraida Abbas.
00:44Sebelum menjatuhkan hukuman, Juraida sekali lagi bertanya kepada tertuduh mengenai penjamin yang akan menjaminnya.
00:50Tertuduh sekali lagi membuat pengakuannya iaitu mengaku bersalah terhadap pertuduhan.
00:56Selepas mendengar pengakuan tertuduh, Juraida kemudiannya menetapkan tiada jaminan diberikan kepada tertuduh.
01:04Kes ditangguhkan sehingga 12 November ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.
01:10Difahamkan ketika kejadian, tertuduh sedang mencari besi buruk untuk dijual bagi membeli bekalan dadah.
01:16Bagaimanapun, ketika tiba di lokasi kejadian, dia terserempak dengan mangsa lalu merompak beg tangannya.
01:23Mangsa mengalami kerugian wang tunai kira-kira 200 euro dan kehilangan pasport namun tidak mengalami sebarang kecederaan.
01:30Terima kasih.
01:38Terima kasih.
Comments