Skip to playerSkip to main content
Misi FFC x TMTG: Sembilan aktivis Malaysia dijangka diterbangkan ke Turkiye petang ini

Sembilan aktivis Malaysia yang ditahan Israel ketika menyertai misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza dijangka bersama antara 95 aktivis diterbangkan ke Turkiye pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, difahamkan pesawat berkenaan akan membawa aktivis dari 22 negara kemungkinan termasuk sembilan orang aktivis Malaysia dan enam orang aktivis Global Sumud Flotilla (dua Norway, dua Morroco dan satu Sepanyol).

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/751781/berita/nasional/misi-ffc-x-tmtg-sembilan-aktivis-malaysia-dijangka-diterbangkan-ke-turkiye-petang-ini

#SinarHarian #SinarTerkini #MisiFFCxTMTG
#MyCARE #AktivisMalaysia #FreedomFlotillaCoalatio
Transcript
00:00Perkembangan terkini 9 orang delegasi Malaysia, misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Medlines to Gaza.
00:07Maklumat yang kami terima sehingga awal pagi tadi, daripada Command Center Freedom Flotilla Coalition di Turkiye,
00:16Kementerian Luar Negeri Turkiye menyatakan bahawa akan ada penerbangan daripada Israel
00:22mendarat di Istanbul sekitar pukul 3 petang waktu Turkiye hari ini.
00:27Ok, difahamkan pesawat ini akan membawa bersama sekumpulan aktivis FFC TMG dari 22 buah negara
00:36dan kemungkinan besar termasuk 9 orang aktivis Malaysia.
00:41Juga termasuk 6 daripada aktivis Global Sumut Flotilla yang masih tinggal, 3 dari Norway, 2 dari Morocco dan 1 Sepanyol.
00:49Kami juga masih menunggu maklumat terpenci daripada Wisma Putra untuk mengesahkan status 9 aktivis Malaysia
00:58dalam penerbangan tersebut. Sebab sama ada ada ke tidak wakil Malaysia, kami tak ada kepastian.
01:04Kami hanya boleh berkongsi kalau kami dah firm. Nama itu memang ada.
01:07Tapi setakat ini, maklumat dia 22 buah negara, lebih 95 orang, berapa orang.
01:15Kemudian ada tambahan lagi besar-kemudian sebab kapal terbang yang besar.
01:18So, kemungkinan semua akan dikeluarkan sekali.
01:199 wakil Malaysia yang terlibat iaitu Prof. Emeritus Dr. Muhammad Alaudin Muhammad Ali, Dr. Fauzia Muhammad Hassan, Dr. Hafiz Sulaiman, Dr. Ili Shakira Muhammad Suhaimi, Prof. Dr. Muhammad Afandi Saleh, Dr. Nur Hashimah Ismail,
01:39Puan Nosham Ubu Bakar dan Wartawan Astro Awani, Syafiq Syukri Abdul Jalil.
01:44Alhamdulillah ke semua aktivis Malaysia berada dalam keadaan sehat seperti yang dilaporkan sebelum ini.
01:49Peguang dapat berjumpa semua.
01:51Cuma maklumat detail, macam mana keadaan dan apa semua itu, kita tak ada confirmation detail.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended