Skip to playerSkip to main content
  • 21 hours ago
Digital Minister Gobind Singh Deo told the Dewan Rakyat on Wednesday (Oct 8) that a law on the responsible use of artificial intelligence is being drafted.

Read more at https://tinyurl.com/ynr8kkwj

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline

Category

🗞
News
Transcript
00:00Weaponized AI merujuk kepada penggunaan teknologi kecerdasan buatan AI untuk tujuan jahat ataupun berbahaya.
00:11Ianya bukan sekadar AI yang membantu meningkatkan kecekapan atau inovasi,
00:15tetapi AI yang boleh dimanipulasi untuk menyerang, menipu atau menjejaskan keselamatan pihak lain.
00:23Di antara bentuk utama weaponized AI termasuk pertama deepfake berniat jahat dan tua,
00:31mencipta image audio atau video palsu untuk tujuan penipuan, pemerasan, penyamaran ataupun propaganda.
00:41Kedua, bersifat serangan cyber berotomasi, maksudnya AI digunakan untuk mengesan kelemahan sistem,
00:48melancarkan serangan phishing lebih meyakinkan atau mengudam rangkaian pada skala besar.
00:56Ketiga, operasi maklumat palsu yang melibatkan algoritma AI menjana mesej, berita atau kandungan otomatik
01:04untuk mengelirukan masyarakat serta mengugat kestabilan sosial.
01:07Yang keempat, penipuan kewangan pintar ataupun AI digunakan oleh sindiket skam untuk meniru suara,
01:17menyamar sebagai pegawai bank atau mengendalikan chatbot bagi tujuan memperdayakan mangsa.
01:24Di Malaysia, penggunaan weaponized AI mulai dikesan dalam beberapa insiden yang direkodkan oleh cyber security Malaysia,
01:32termasuk, pertamanya, kes penipuan deepfake yang digunakan untuk pemberasan diantaranya kes-kes sextortion
01:39ataupun melibatkan aspek seksual dan penyamaran identiti.
01:44Kedua, berlakunya peningkatan kes skam, sindiket yang menggunakan AI untuk menghasilkan mesej
01:52ataupun panggilan palsu yang lebih meyakinkan serta meniru suara mangsa bagi memperdaya ahli keluarga atau rakan.
01:58Ketiga, ancaman kepada data peribadi.
02:02AI terus digunakan untuk memproses dan mengeksploitasi data bocor daripada serangan cyber,
02:09menjadikannya lebih mudah bagi penjenayah menyasarkan individu-individu tertentu.
02:15Tuan-tuan, bagi memastikan keselamatan cyber negara sentiasa terjamin,
02:19khususnya dalam hal perkara menghadapi peningkatan kes penipuan berasaskan teknologi weaponized AI,
02:26kerajaan menekankan pendekatan yang merangkumi aspek perundangan dan juga tatbir urus.
02:32Kerajaan telahpun menguatkuasakan Akta Keselamatan Cyber tahun lalu 2024,
02:37Akta 8.54 bagi melindungi infrastruktur maklumat kritikal negara
02:43serta memperkukuhkan Akta Perlindungan Data Peribadi Pindaan tahun yang lalu,
02:48iaitu 2024, Akta 7.09 dengan mewajibkan pelaporan insiden pelanggaran data.
02:55Di samping itu, kerajaan sedang merangkau rangka undang-undang jenayah cyber
02:59untuk menggantikan Akta Jenayah Komputer tahun 1997
03:03yang akan menjadi undang-undang utama bagi tujuan menangani jenayah cyber di bawah kawal selia, naksa.
03:12Kementerian Digital sedang merangkau undang-undang khusus berkenaan penggunaan AI yang bertanggungjawab.
03:18Pada masa yang sama, garis panduan tatbil urus dan etika AI ataupun AIGE telahpun diperkenalkan
03:24sebagai panduan berasaskan tujuh prinsip utama termasuk keadilan, keselamatan, ketulusan dan juga kesejahteraan manusia.
03:32Dan ditua, langkah strategik ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk kawal selia berasaskan undang-undang
03:39dan juga memperkukuhkan tatbil urus AI.
03:43Pendekatan ini, kita yakin dapat melindungi keselamatan cyber negara
03:46serta juga mengekalkan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap agenda digital negara.
03:53Terima kasih.
03:54Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended