00:00Bank Dunia mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal kepada 4.1% pada 2026, tidak berubah daripada unjurannya bagi 2025.
00:10Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr. Apulva Sanggi berkata, momentum pertumbuhan semakin pelahan dan dijangka mengalami pertumbuhan sederhana pada 2026, berikutan faktor luaran dan domestik yang dijangka menghadkan pertumbuhan.
00:24Unjuran global dan serantau tidak begitu optimis, khususnya apabila pihak yang mendapati ekonomi Malaysia sensitif terhadap perubahan di Amerika Syarikat dan Cina.
00:37Apulva berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia akan didorong terutamanya daripada perbelanjaan pengguna swasta yang diperkukuhkan dengan kenaikan gaji, bantuan kewangan kerajaan dan sokongan dasar monetari.
00:49Mengenai perubahan sensitif Amerika Syarikat dan Cina, beliau berkata penurunan pertumbuhan Amerika sebanyak 1 mata peratusan akan merendahkan pertumbuhan Malaysia sebanyak 0.8 mata peratusan.
01:02Selain itu, penurunan 1 mata peratusan bagi pertumbuhan Cina pula merendahkan pertumbuhan Malaysia sekitar 0.45 mata peratusan.
01:11Kesan daripada kelembapan ekonomi Amerika Syarikat kepada Malaysia adalah lebih besar berbanding kesan kelembapan ekonomi Cina walaupun kedua-duanya penting.
01:22Apulva berkata permintaan domestik dan keyakinan isi rumah dan firma juga telah berkurangan dengan berdasarkan pertunjukan sentimen perniagaan menerusi indeks RAM dan indeks pengurus pembelian PMI berikut ketidaktentuan.
01:36Mengenai cabaran perdagangan dan teknologi, Apulva berkata sektor elektrik dan elektronik Malaysia mungkin kehilangan daya saing dalam pengeluaran semikonduktor termaju, terutama cip berkaitan kecerdasan buatan yang kini didominasi Taiwan dan Korea Selatan.
01:53Bagi 2026, beliau berkata pertumbuhan ekspor Malaysia diunjurkan tidak berubah pada 2.9 peratus manakala pertumbuhan impor dijangka menyusut kepada 3.7 peratus daripada 4.5 peratus sebelumnya.
Be the first to comment