00:00Pavilion Malaysia di Expo China ASEAN CA Expo ke-22 telah merekodkan jumlah jualan 376.14 juta ringgit, kata Perbadanan Pembangunan Peragangan Luar Malaysia atau Madrid.
00:15Pavilion Malaysia terdiri daripada 70 pempameh termasuk 8 kementerian dan agensi merentasi pelbagai sektor berakhir dengan jayanya
00:23mengariskan permintaan kukuh dan peluang untuk produk dan perkhidmatan Malaysia dalam pasaran China ASEAN.
00:30Ketua Pegawai Eksekutif Madrid, Datuk Seri Muhammad Mustafa Abdul Aziz berkata pencapaian itu mengesahkan daya saing produk dan perkhidmatan Malaysia.
00:39Sehubungan itu, Madrid kekal komited untuk membuka lebih banyak peluang kepada perniagaan Malaysia untuk berkembang maju di China dan rantau ASEAN yang lebih luas.
00:48Penyertaan Madrid dalam acara terkemuka ini mencerminkan komitmen untuk menyokong syarikat Malaysia dalam mengukuhkan kedudukan dalam rakan dagangan terbesar Malaysia.
00:57Madrid berkata pavilion itu mempamerkan pelbagai tawaran oleh Malaysia merangkumi pendidikan, penjagaan kesihatan, farmasutikal, kosmetik dan bahan pinaan
01:06serta sektor bernilai tinggi seperti teknologi dan kecerdasan buatan AI.
01:12Produk terkenal di Malaysia iaitu durian, kopi putih, biskut dan sarang burung juga terus menikmati permintaan kukuh daripada pengimport yang menghadiri acara tersebut.
01:21Acara itu berlangsung dari 17 hingga 21 September lepas di Nanning, China.
01:27KaExpo ke-22 telah terbukti sebagai salah satu platform paling berkesan untuk pengekspor Malaysia mengembangkan perniagaan mereka di pasaran China.
01:36Sebagai pintu masuk utama, ia menawarkan peluang kepada perniagaan untuk mempamerkan kekuatan mereka,
01:42membina perkongsian berkekalan dan menempatkan mereka secara strategik dalam salah satu ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia.
01:49Berdasarkan pencapaian ini, Madrid mempelawa pengekspor Malaysia khususnya mereka yang mahu mewujudkan atau mengukuhkan kehadiran di China
01:57serta mengambil bahagian dalam edisi KaExpo seterusnya pada September 2026.
Comments