00:00Tindakan Presiden Gerakan, Dominic Lau menolak cadangan meletakkan parti itu sebagai kuasa ketiga,
00:06mendapati hakikat Gerakan hanya boleh bertahan sekiranya ia sebahagian gabungan yang besar,
00:11kata penganalisis politik.
00:14Azmi Hassan dari Ekerbinu Santara berkata Gerakan mesti memastikan ia berada dalam kedudukan yang memberikan ia pengaruh,
00:21sesuatu yang hanya ditawarkan oleh gabungan seperti Perikatan Nasional.
00:25Beliau berkata Gerakan seperti MCA dan MIC secara bersendirian akan bergelut untuk menarik sokongan bukan Melayu,
00:33maka keluar PN hanya akan menyebabkannya terawang-awang.
00:38Siwa Murgan Pandian dari Universiti Sains Malaysia berkata penyertaan Gerakan ke dalam PN telah melemahkan dayanya
00:44untuk menarik sokongan pelbagai etnik menjadikan Gerakan sukar menarik pengundi bukan Melayu.
00:51Lau Zewi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata
00:54parti itu harus memiliki faktor pelaris yang jelas untuk meraih semula sokongan
01:00sambil menegaskan bahawa Gerakan bukan parti pikisan
01:03lantaran ia diikuti pengundi yang kecewa dengan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
01:09Zahar Alam, Yahya Syahir, FMT
Comments