Seorang pemimpin Perikatan Nasional (PN) menolak gesaan supaya gabungan itu mengumumkan calon perdana menteri disokongnya terlebih dahulu sebelum mahu mendesak Anwar Ibrahim turun dari kedudukannya.
00:00Ketua Wanita Bersatu Mas Ermiyati Samsuddin menolak gesaan supaya gabungan itu mengumumkan calon Perdana Menteri disokongnya terlebih dahulu sebelum mahu mendesak Anwar Ibrahim turun dari kedudukannya.
00:15Beliau menyefatkan cadangan bersih itu sebagai satu pendekatan sempit dan tidak konsisten seperti sering diperjuangkannya.
00:23Katanya rakyat menilai keikhlasan dan keupayaan menyelesaikan masalah, bukan semata-mata siapa bakal duduk di kerusi nomor satu negara sambil meminta bersih tidak memihak kepada mana-mana parti.
00:36Kelemarin, FMT melaporkan kenyataan pengurusi bersih supaya Perikatan Nasional lebih jelas berkait calon Perdana Menteri yang mahu disokongnya sebelum menganjurkan sebarang usaha mendesak Anwar meletak jawatan.
00:49Sementara itu timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, urusan calon Perdana Menteri PN bukan isu sukar kerana ramai pemimpinnya mampu dan layak memimpin kerajaan.
Be the first to comment