00:00Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB dijangka menguatkuasakan semula sekatan ke atas Iran pada Sabtu.
00:07Ini selepas Tehran didakwa melanggar Perjanjian Nuklear 2015 yang bertujuan menghalangnya membangunkan senjata nuklear.
00:16Tindakan itu dijangka meningkatkan lagi ketegangan di Asia Barat hanya beberapa bulan selepas Israel dan Amerika Syarikat mengebom tapak nuklear Iran.
00:24Sekatan berkenaan yang asalnya dikuatkuasakan Majlis Keselamatan PBB antara 2006 hingga 2010 akan kembali berkuatkuasa pada jam 8 malam waktu tempatan Sabtu 8 pagi Ahad waktu Malaysia.
00:37Britain, Perancis dan Jerman sebelum ini mencetuskan mekanism snapback 30 hari lalu selepas menuduh Tehran melanggar Perjanjian itu.
00:44Iran bagaimanapun menafikan pihaknya sudah membangunkan senjata nuklear.
00:48Menjeluar Iran, Abbas Arachi menegaskan Tehran telah memukakan beberapa cadangan untuk membuka ruang diplomasi namun mendakwa Eropah gagal memberikan tindak balas wajarnya.
00:59Sesudahan perkembangan itu, Iran pada Sabtu memanggil pulang duta mereka di Britain, Perancis dan Jerman untuk rundingan.
01:05Tehran juga memberi amaran akan bertindak balas keras terhadap sekatan baru tetapi Presiden Pazishkian menegaskan Iran tidak bahasat keluar daripada seperjanjian pengawalan senjata nuklear NPT.
01:17Sekatan baru itu bakal mengenakan semula larangan ekspor senjata, aktiviti pengayaan uranium, pembangunan peluru berpandu balistik serta larangan perjalanan dan pembekuan aset terhadap puluhan individu serta entiti Iran.
01:30Semua negara anggota PBB juga diberi kuasa untuk merampas dan melupuskan barangan yang dilarang di bawah sekatan.
01:37Matawang Iran, Rial, terus merosot berikutan kebimbangan sekatan jatuh ke paras terendah baru.
Comments