• 1 year ago
Seramai 21 penggiat layang-layang dari dalam dan luar negara menyertai festival yang julung kali diadakan di Sabah itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Festival layang-layang antarabangsa Sabah baru-baru ini disambut penuh semangat kebudayaan, kreativiti dan penglibatan komuniti setempat sepenuh hari Malaysia.
00:08Seramai 21 penggiat layang-layang dari dalam dan luar negara menyertai festival yang judul kali diadakan di Sabah.
00:15Dengan tema Our Sky, Our Story, penganjuran ini adalah untuk menjadikan tuaran sebagai destinasi budaya bertaraf dunia,
00:23rancakkan pelancongan dan ekonomi, serta melibatkan komuniti tempatan dan kerjasama antarabangsa.
00:28Pengurus Besar Shangrila Rasaria Fiona Hagan berkata, pihaknya percaya bahawa kemewahan sebenar adalah mengenai hubungan dengan budaya, komuniti dan lokality.
00:39Katanya penganjuran festival itu membolehkan pihaknya berkongsi tradisi kekayaan Sabah di mata dunia,
00:45selain memberikan pengalaman bermakna buat pengunjung dengan menggabungkan keindahan layang-layang dan hospitaliti bertaraf dunia serta warisan.
00:52Festival yang berlancong dari 13 hingga 16 September itu turut ditujuan mencipta legasi seni yang akan terus berkembang menjelang 2026 dan seterusnya.
01:03Acara ini mencipta sejarah baru dalam kalender pelancongan tahunan Sabah,
01:07mengukuhkan peranan Shangrila Rasaria sebagai destinasi mewah yang menggabungkan warisan dan hospitaliti.
01:13Dengan penyertaan pasukan layang-layang antarabangsa dan pakar tempatan,
01:17festival ini menarik kehadiran pengunjung dari dalam dan luar negara.
01:21Ramai antara mereka hadir khas untuk acara sulung ini.

Recommended