• 1 year ago
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) siap sedia menghadapi kemungkinan fenomena La Nina dengan memperkukuh sistem mitigasi banjir di ibu negara, termasuk penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan penyelenggaraan kolam takungan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di BKL memperkukuhkan sistem mitigasi banjir di Ibu Negara termasuk penggunaan teknologi kecerdasan buatan AI dan penyelengkaraan kolam takungan dalam menghadapi kemungkinan fenomena lainnya.
00:13Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Muhammad Syarif berkata antara langkah utama diambil adalah pemasangan alat pengesan berteknologi AI di beberapa sungai sekitar Kuala Lumpur bagi memantau paras air secara masa nyata.
00:25Menurut Maimunah, terdapat beberapa perkara diketengahkan dalam kesiapsiagaan menghadapi banjir termasuk memastikan PAM berfungsi dengan baik.
00:37Katanya pihak di BKL juga sudah menjalankan kajian terhadap lebih 130,000 pokok di sekitar Ibu Negara dengan 40,000 daripadanya yang berada di sepanjang jalan melalui proses pemangkasan bagi mengelak insiden pokok tumbang.
00:50Dalam peritu, kata Maimunah, Kuala Lumpur juga mempunyai dua peringkat pengurusan bencana iaitu peringkat daerah dan dalaman di BKL.
00:58Malaysia dijangka berdepan fenomena lanina singkat pada awal musim sejuk 2025-2026 dan berpotensi menjejaskan corak hujan bagaimanapun keadaan dijangka kembali stabil ke paras neutral tidak lama selepas itu.
01:11Pusat Iklim Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia, MedMalaysia memaklumkan tinjauan cuaca jangka panjang September 2025 hingga Februari 2026 menunjukkan majoriti model iklim antarabangsa meramalkan keadaan El Nino, Southern Oscillation and so, kini neutral dengan kebarangkalian 56% berterusan sehingga Oktober ini.
01:32Terima kasih kerana menonton!

Recommended