Pertambahan sebarang kerusi Parlimen untuk Sarawak mesti disertakan dengan peningkatan perwakilan di Semenanjung bagi mengekalkan keseimbangan pilihan raya, kata seorang penganalisis.
00:01Pertambahan sebarang kerusi parlimen untuk Sarawak mesti disertakan dengan peningkatan perwakilan di Semenanjung bagi mengekalkan keseimbangan pilihan raya, kata penganalisis.
00:12Azmi Hassan dari Akrimi Nusantara berkata, lembah kelang terutamanya layak mendapat perwakilan lebih besar mengambil kira kepadatan penduduk.
00:21Sementara itu, pengurusi bersih Faisal Abdul Aziz memberi peringatan bahawa tuntutan Sarawak untuk berhak mendapat lebih banyak kerusi di bawah perjanjian Malaysia 1963 dan bukannya berdasarkan saiz penduduk boleh mencetuskan rasa tidak puas hati di Semenanjung.
00:39Faisal berkata, walaupun cadangan menambah perwakilan parlimen boleh diterima, memperuntukkan satu per tiga daripada kerusi Dewan Rakyat kepada Malaysia Timur akan mewujudkan ketidakseimbangan dan ketidakadilan dalam tebaran undi di seluruh negara.
00:56Minggu lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersetuju secara prinsip mempertimbangkan penambahan jumlah kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak menurut timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.
Be the first to comment