00:00Sukar untuk kelompok profesional menerajui PAS kerana struktur yang berakar dalam parti itu membuktikan majoriti perwakilan menekankan kepimpinan ulama sebagai asas perjuangan, kata penganalisis Hissamuddin Bakar, pengarah eksekutif Ilham Center.
00:18Beliau berkata perwakilan PAS kebanyakannya berpendidikan agama secara konsisten memberikan sokongan kepada calon memiliki kredibiliti keilmuan Islam tinggi dan dekat dengan kepimpinan ulama.
00:32Manakala golongan profesional atau teknokrat dalam PAS lebih dilihat sebagai pelengkap kekuatan parti khususnya dari aspek pengurusan, strategi dan pentadbiran.
00:43Sabtu lalu, media melaporkan timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, golongan profesional juga berpeluang memimpin PAS jika mereka boleh membuat keputusan mengikut syarat.
00:56Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Ampas, Hashim Jassin supaya pengganti Hadi Awang jika ahli Parlimen Marang itu perundur harus dalam kalangan ulama namun tidak menolak individu profesional dalam parti.
01:11Sementara itu, fellow Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berpandangan, kelompok profesional wajar diberi lebih ruang dan peluang dalam kepimpinan PAS sebagai usaha mencerminkan imej Islam yang modern dan progresif.
01:26Terima kasih telah menonton!
Comments