Skip to playerSkip to main content
Dengan kerugian akibat penipuan dalam talian yang mencecah berbilion-bilion dan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan kanak-kanak, ONSA menandakan perubahan ke arah mempertanggungjawabkan platform atas risiko dalam talian.

Laporan Lanjut:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2026/02/04/apa-diubah-akta-keselamatan-dalam-talian-dan-fungsinya

Read More:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2026/02/04/what-the-online-safety-act-changes-and-how-it-works

Free Malaysia Today is an independent, bi-lingual news portal with a focus on Malaysian current affairs.

Subscribe to our channel - http://bit.ly/2Qo08ry
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Check us out at https://www.freemalaysiatoday.com
Follow FMT on Facebook: https://bit.ly/49JJoo5
Follow FMT on Dailymotion: https://bit.ly/2WGITHM
Follow FMT on X: https://bit.ly/48zARSW
Follow FMT on Instagram: https://bit.ly/48Cq76h
Follow FMT on TikTok : https://bit.ly/3uKuQFp
Follow FMT Berita on TikTok: https://bit.ly/48vpnQG
Follow FMT Telegram - https://bit.ly/42VyzMX
Follow FMT LinkedIn - https://bit.ly/42YytEb
Follow FMT Lifestyle on Instagram: https://bit.ly/42WrsUj
Follow FMT on WhatsApp: https://bit.ly/49GMbxW
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Download FMT News App:
Google Play – http://bit.ly/2YSuV46
App Store – https://apple.co/2HNH7gZ
Huawei AppGallery - https://bit.ly/2D2OpNP

#FMTExplainer

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pada 2025 sahaja, rakyat Malaysia mengalami kerugian RM2.7 bilion akibat penipuan dalam talian.
00:08Polis juga telah menemui ratusan ribu file yang dikaitkan dengan bahan penduraan seksual kanak-kanak.
00:14In beberapa tahun kebelakangan ini, puluhan ribu hantaran yang melibatkan pembulian cyber dan gangguan terpaksa diturunkan.
00:22Kesemua itu memberi gambaran jelas tentang keadaan persekitaran dalam talian yang kini dihadapi orang ramai.
00:28Dan itulah sebenarnya yang ingin ditangani oleh Akta Keselamatan Dalam Talian 2025.
00:33Akta ini berkuat kuasa pada 1 Januari dan apa yang benar-benar diubah ialah cara platform dikawal selia.
00:40Sebelum ini, kebanyakan platform beroperasi berdasarkan peraturan dalaman mereka sendiri mengenai apa yang dianggap berbahaya.
00:47Walaupun kandungan atau akaun ditandakan, tindakan susulan tidak selalunya konsisten atau cepat.
00:53Kini, platform yang menyiarkan atau menyebarkan kandungan pengguna, termasuk platform asing yang beroperasi di Malaysia, mempunyai tanggungjawab undang-undang berkaitan keselamatan dalam talian.
01:05Satu perkara yang terus timbul ialah idea bahawa kebanyakan kandungan akhirnya dipadam juga dan ia benar sehingga tahap tertentu.
01:13Antara 2024 dan 2025, platform telah memadamkan kira-kira 92% hantaran yang ditandakan sebagai berbahaya.
01:23Tetapi masalahnya masih ada lebih daripada 58,000 hantaran berbahaya dalam talian.
01:29Jadi, walaupun terdapat jurang kecil dalam penguatkuasaan, ia bermakna orang ramai masih terdedah kepada beribu-ribu hantaran berbahaya.
01:38Satu lagi agenda penting dalam akta ini ialah keselamatan kanak-kanak.
01:44Malah ia merupakan salah satu teras utama ONSA.
01:47Platform dituntut mengambil langkah untuk mengehadkan pendedahan kanak-kanak kepada kandungan memudaratkan
01:52dan interaksi berisiko perkara seperti cara kandungan disyurkan, ketapan asal yang dihidupkan dan dengan siapa kanak-kanak boleh berinteraksi dalam talian.
02:01Ideanya untuk mengurangkan kemudaratan dari awal bukannya bertindak hanya selepas sesuatu yang buruk berlaku.
02:09Dari segi skop, ONSA merangkumi kategori bahaya yang serius seperti penipuan dan penyelewengan kewangan,
02:16bahan penderaan seksual kanak-kanak, gangguan dan penderaan, kandungan ganas atau ekstremis
02:21serta bahan yang menggalakkan kecederaan diri dalam kalangan kanak-kanak.
02:25Daripada hanya menilai hantaran individu satu persatu, akta ini menumpukan pada cara platform mengurus risiko mengikut peringkat sistem,
02:34bagaimana kandungan tersebar, bagaimana ia dipertingkat dan bagaimana orang ramai melaporkan masalah.
02:40Pada masa sama terdapat hak tertentu.
02:43Akta ini tidak terpakai kepada mesej pribadi, ia tidak membenarkan pengawasan besar-besaran
02:48dan ia tidak menjenayahkan ucapan yang sah atau ekspresi politik.
02:53Terdapat juga langkah pelindungan, termasuk keperluan notis dan proses rayuan dalam pelaksanaan penguatkuasaan.
03:01Jadi, ONSA bukannya akan memperbaiki internet dalam sekelip mata.
03:05Ia bukan satu penyelesaian majlis, tetapi ia mengubah di mana tanggungjawab terletak
03:10apabila bahaya dalam talian tersebar dengan meletakkan lebih banyak tanggungjawab itu pada platform,
03:16bukannya hanya pengguna.
03:17Dengan berkuatkuasanya akta ini, ujian sebenar ialah kemampuan platform menyesuaikan diri
03:24dan sejauh mana beraturan dilaksanakan secara konsisten sepanjang masa.

Recommended