00:00Penganalisis berpandangan langkah mengugurkan Ahli Parlimen Ampang Roziah Ismail pada PRU akan datang
00:07demi memberi laluan kepada Ahli Baharu Tengku Zafrul Aziz sebagai berisiko tinggi.
00:14Azmi Hassan dari Akademi Nusantara percaya peluang Roziah dicalonkan semula sangat tipis
00:19namun mencalonkan Tengku Zafrul bagi kerusi Ampang berisiko
00:23kerana beliau boleh dikatakan orang luar dan tiada sokongan akar umbi
00:28sama ada dalam parti maupun di kawasan itu.
00:32Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia pula mempersoalkan
00:36kebijaksanaan mengambil risiko menggantikan Roziah yang terbukti berhikmat dengan baik untuk warga Ampang.
00:44Fauzi berkata Tengku Zafrul tidak akan mempunyai peluang dan masa yang cukup untuk membina hubungan
00:50dan rangkaian dengan warga Ampang sebelum PRU-16 manakala kedudukan Roziah sudah pun kukuh.
00:58Fauzi menegaskan PKR tidak seharusnya menggugurkan Roziah yang dianggap ahli politik wanita dengan perwatakan yang kuat
01:06namun Azmi tidak setuju malah melihat Roziah umpama duri dalam daging
01:11seperti Rafizi Rambli dan Nik Nazmi Nik Ahmad
01:15maka beliau tidak hairan jika Roziah digugurkan pada PRU akan datang.
Comments