00:00Dalam pada itu, Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdul Rahman Al-Tani, tegaskan bahawa usaha pengantaraan adalah sebahagian daripada identiti Qatar dan tiada apa pun yang akan menghalang peranannya dalam hal itu.
00:13Kenyataan ini dibuat beberapa jam selepas Israel menyerang pemimpin Hamas di Doha.
00:30Terima kasih telah menonton!
01:00Juru cakap White House mengakui walaupun serangan ke atas Hamas satu matlamat yang wajah tetapi Amerika Syarikat berasa kesal kerana serangan itu berlaku di negara Teluk Arab tersebut yang merupakan sekutu bukan NATO utama Washington.
01:17Serangan itu yang menerima kecaman daripada negara-negara serantau utama seperti Arab Saudi dan Amerika Arab I berisiko menggagalkan rundingan gejata-senjata Gaza serta usaha Presiden Donald Trump untuk mencapai penyelesaian rundingan bagi menamatkan konflik hampir dua tahun antara Israel dan Hamas.
01:33Sementara itu Presiden Iran Masud Pezishkian pada selasa mengecam serangan udara Israel terhadap pemimpin Hamas di Doha.
01:45Dalam satu kenyataan rasmi Masud berkata Israel tidak mengenal batas dalam melakukan jenayah dan keganasan sebaliknya memusnahkan setiap usaha diplomasi.
01:54Beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa supaya mengecam serangan tersebut.
01:59Serangan udara Israel di Qatar memperluas tindakan ketenteraannya yang telah meliputi seluruh Asia Barat termasuk ke negara Teluk Arab itu yang sekian lama menjadi pengkalan politik bagi kumpulan Islamis Palestine tersebut.
02:12Qatar, rakan keselamatan utama Amerika Syarikat dan tuan rumah kepada pengkalan udara Al-Udaid.
02:17Fasiliti ketenteraan terbesar Amerika di Asia Barat telah memainkan peranan sebagai pengantara bersama Mesir dalam rundingan gencatan senjata bagi perang Gaza yang hampir dua tahun.
02:28Hamas memaklumkan lima anggotanya terbunuh dalam serangan Israel di Doha termasuk anak kepada ketua Hamas Gaza dalam buangan Khalil Al-Hayat.
Comments