Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Pahang merasmikan majlis pecah tanah bagi Perkampungan Ihsan Al-Sultan Abdullah, satu inisiatif baharu di Pekan yang bertujuan membantu bekas banduan melalui latihan kemahiran dan peluang pekerjaan.
00:00One initiative baru memberi peluang kedua kepada Banduan untuk memulakan hidup baru akan dilaksanakan di Pekanpahang.
00:18Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan merasmikan majlis pecah tanah bagi projek perkampungan Isan Al-Sultan Abdullah yang bakal didirikan di sini.
00:32Projek ini bakal menempatkan kedai, bengkel, taman asuhan kanak-kanak dan pelbagai kemudahan lain.
00:38Ia membantu bekas banduan mendapatkan pekerjaan dengan memanfaatkan kemahiran yang mereka peroleh semasa berada di penjara.
00:45Saya harap juga projek Isan ini, di mana telah kita sama-sama dengar asrat dan kawan-kawan bersama saya untuk membantu mereka-mereka yang mengharungi hidup yang tak sempurna dan sudah pun dipulih oleh pihak penjara.
01:05Kita ucap syabas kepada pihak penjara kerana telah beri tumpuan kepada mereka untuk kembali semula untuk mendapatkan nafas kedua atau penghidupan yang kedua.
01:18Idea ini dipelopori oleh Tengku Ampuan Pahang, Tunku Aziza Amina Maimuna Iskandariah yang memaklumkan bahawa Kerajaan Pahang telah menganugerahkan tanah seluas 10 eka untuk projek ini.
01:39Baginda menjelaskan bahawa perkampungan ini diilhamkan daripada kejayaan program Tenun Pahang Diraja yang telah menyediakan ramai banduan dengan kemahiran menenun yang bernilai.
01:50Perkampungan Ihsan Al-Sultan Abdullah ini juga akan menyediakan ruang penempatan untuk keluarga bekas banduan.
02:20Perkampungan Ihsan Al-Sultan Abdullah dilihat bakal membawa perubahan positif dan berimpak besar kepada kehidupan ramai individu.
02:36Kami mendoakan agar usaha mulia ini mencapai kejayaan yang terbaik pada masa hadapan.
Be the first to comment