00:00Ketua DAP Sabah Fung Jinze berkata, parti itu menghormati keputusan bekas pengurusi Franky Poon dan bekas seti usaha Liao Fui Fui meninggalkan parti bersama cawangan masing-masing.
00:14Beliau berkata, sudah tiba masa untuk DAP Sabah terus fokus dalam berkhidmat kepada penduduk sandakan dan membawa lebih banyak pembangunan positif kepada masyarakat tempatan.
00:24Tambahnya, kepercayaan penuh diberikan kepada seti usaha DAP Sabah dan ahli parlimen sandakan V. Van Wong untuk menyatu dan mengukuhkan jentera parti di kawasan itu.
00:37Terdahulu hari ini, Poon dan Liao mengumumkan keluar parti susulan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan semasa cawangan parti negeri itu.
00:45Mereka mendakwa DAP Sabah yang dikemudi oleh Fung lebih mengutamakan ahli muda dan mengetepikan golongan veteran walaupun mereka banyak menyumbang kepada pertumbuhan parti di negeri itu selama ini.
00:58Yasmin Abdul Latif FMT