00:00Pakar Pathology Hospital Queen Elizabeth, Dr. J.C. Hugh,
00:04menolak kemungkinan Zara Khairina Mahathir ditolak atau diserang hingga jatuh
00:09dari tingkat 3 asramanya sebelum ditemui tidak sedarkan diri
00:12bawah bangunan pada awal pagi 16 Julai lalu.
00:16Pada hari kedua inquest di Mahkamah Korona Kota Kinabalu,
00:20Hugh menjelaskan kepada pegawai pengendali inquest,
00:23Badius Zaman Ahmad, bahawa kemungkinan besar Zara Khairina
00:26melompat atau bergayut pada jereji besi di tembok koridor asrama.
00:31Dalam pada itu, Hugh turut memaklumkan bahawa suka untuk dipercayai
00:35mesin basuh boleh berfungsi jika dimasukkan beban seberat 53 kg.
00:40Bagaimanapun, Hugh berkata beliau tidak memeriksa saiz mesin basuh itu
00:44yang dilihatnya di tingkat bawah asrama ketika pemeriksaan lokasi
00:48di mana Zara ditemukan tidak sedarkan diri.
00:51Zara Khairina, 13 tahun, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth
00:56pada 17 Julai lalu.
00:58Belum dimasukkan ke hospital sehari sebelumnya,
01:01selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang
01:04berhampiran asrama sekolahnya di Papa pada pukul 4 pagi.
01:08Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara mengumumkan
01:11satu inquest akan dijalankan berhubung kematiannya
01:15selepas meneliti laporan sasatan polis.
01:17Sebelum itu, pada 8 Ogos, AGC mengarahkan kubur Zara Khairina
01:21digali semula bagi membolehkan bedah siasat dijalankan.
Comments