00:00Jabatan Peguam Negara tetap akan meneruskan pendakwaan terhadap 5 remaja perempuan berkait kes buli Zara Khairina Mahathir di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu Sabah esok.
00:12Perkara itu disahkan Peguam Negara Muhammad Dusuki Moktah yang memaklumkan pendakwaan akan diteruskan seperti biasa mengikut Seksyen 507 C-1 Kanun Keseksaan.
00:22Terdahulu Peguam mewakili keluarga pelajar tingkatan satu itu merayu Peguam Negara menangguhkan tuduhan terhadap 5 remaja perempuan berusia bawah 18 tahun terbabit.
00:35Peguam Hamid Ismail berkata pihaknya memohon penangguhan sementara bagi memolehkan tuduhan lebih berat dikenakan terhadap semua suspek.
00:43Susulan dimaklumkan 5 remaja berkenaan akan didakwa bahawa Seksyen 507 C-1 Kanun Keseksaan Kerana Membuli.
00:52Pertuduhan mengikut Seksyen 507 C-2 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun jika sabit kesalahan,
01:03manakala Seksyen 507 C-1 memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.