Skip to playerSkip to main content
  • 9 months ago
Filipina dijangka berdepan musim taufan lebih kuat menjelang hujung 2025 susulan kemungkinan fenomena La Nina. Pihak berkuasa cuaca memberi amaran awal tentang ancaman banjir, tanah runtuh dan kerugian sektor pertanian.
Transcript
00:00Filipina perlu bersiap sedia menghadapi musim taufan yang berpotensi lebih kuat dengan kemungkinan berlakunya La Nina sebelum akhir 2025 lapor agensi berita Filipina PNA memetik Biro Kaji Cuaca pada Selasa.
00:15Dalam satu kenyataan pentadbiran perkhidmatan atmosfera, geofizik dan astronomi Filipina, Pagasa berkata keadaan neutral ayunan selatan El Nino atau ENSO yang kini dipantau di Pasifik Tropika dicangka berterusan sehingga Oktober.
00:34Namun moral iklim menunjukkan kemungkinan besar keadaan La Nina dengan kesan jangka pendek muncul antara September dan Disember.
00:40La Nina iaitu Fasa Sejuk ENSO dicirikan oleh suhu permukaan laut yang lebih sejuk daripada Purata di bahagian tengah dan timur Katolistiwa Pasifik.
00:50Pagasa berkata amaran awal La Nina akan dikeluarkan apabila keadaan sesuai untuk perkembangannya dalam tempoh 6 bulan akan datang dengan kebarangkalian sekurang-kurangnya 55%.
01:00Agensi itu berkata dari segi sejarah La Nina dikaitkan dengan bilangan puting beliung tropika yang lebih tinggi daripada Purata menjelang akhir tahun
01:07serta keadaan hujan melebihi normal di kebanyakan kawasan yang boleh mencetuskan kesan buruk termasuk banjir dan tanah runtuh di kawasan berisiko.
01:16Episod La Nina sebelum ini di Filipina turut dikaitkan dengan hujan monsoon lebih lebat, kerugian dalam sektor petanian dan banjir besar.
01:23Pagasa menggesa kerajaan tempatan, agensi tindak balas bencana dan orang ramai meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya.
Comments

Recommended