Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Thailand salur bantuan kecemasan kepada lebih 260,000 isi rumah terjejas akibat konflik sempadan dengan Kemboja, manakala Malaysia tampil sebagai pengantara utama dalam usaha damai.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Thailand memperuntukkan lebih RM26 juta dalam bentuk bantuan kecemasan kepada mangsa konflik sempadan Thailand-Kemboja
00:07yang menjejaskan lebih 260 ribu isi rumah di tujuh wilayah sejak pertempuran tercetus pada 24 Julai lalu.
00:16Timbalan Jurucakap Kerajaan Saksikan Watanacan berkata,
00:19dana itu disalurkan bagi penyediaan makanan, penempatan sementara, pembaikan rumah, rawatan perubatan serta perbelanjaan pengembumian.
00:30Selain itu, lebih 2 juta barangan bantuan termasuk pak makanan, air minuman, kit bantuan kecemasan dan pakaian yang diagihkan bersama penghantaran kenderaan penyelamat, unit bekalan air mudah alih dan dapur lapangan.
00:43Saksikan berkata pertempuran itu menjejaskan tujuh wilayah, 45 daerah dan lebih 4,000 kampung, membabitkan sekitar 262,000 isi rumah sejak 24 Julai.
00:54Belayah juga berkata, Kementerian Dalam Negeri sudah menyalurkan lebih 145 juta baht dalam bentuk dana kecemasan untuk membantu mangsa,
01:02manakala Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan kerjasama agensi keselamatan sedang memeriksa laluan serta menyediakan peralatan penting.
01:10Ketegangan di sempadan Thailand-Kemboja meningkat menjadi pertempuran bersenjata pada akhir Julai, mendorong Malaysia selaku pengurusi ASEAN ketika ini tampil sebagai pengantara neutral dan konstruktif bagi membantu menamatkan konfrontasi itu.
01:23Kedua-dua negara bersetuju menggunakan gencata senjata yang diusahakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Suryan Ibrahim pada 28 Julai lalu sekaligus menamatkan konflik lima hari yang menjejaskan keamanan di utara Kemboja.
01:37Mesyarat penting jawatankuasa sempadan AMGBC yang dihosukan Malaysia di Kuala Lumpur berakhir dengan positif selepas kedua-dua kerajaan bersetuju dengan beberapa syarat gencata senjata bagi mengelakkan ketegangan berulang.
01:49Susulan persetujuan itu mesyarat luar biasa jawatankuasa sempadan AMGBC Thailand telah diadakan di Kuala Lumpur pada 7 Ogos untuk membincangkan isu tersebut dengan lebih lanjut.

Recommended