Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata pelaksanaan kadar baharu itu memberikan manfaat kepada 66 atlet daripada 10 pasukan membabitkan enam sukan iaitu sepak takraw, skuasy, hoki, berbasikal trek, karate dan e-sukan yang meraih pingat pada temasya sukan terlibat tahun ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kadar ganjaran skim hadiah kemenangan sukan bagi pemenang pingat emas acara berpasukan Sukan Asia, Sukan Para Asia dan Sukan Commonwealth
00:09dinaikkan sebanyak 166.67% daripada RM15,000 kepada RM40,000 seorang.
00:16Menteri Belia dan Sukan Dr. Mohd Taufik Johari berkata, kenaikan itu turut melibatkan ganjaran pemenang pingat perak acara berpasukan daripada
00:25RM8,000 kepada RM20,000 seorang, manakala pingat gangsa meningkat daripada RM4,000 kepada RM10,000 seorang.
00:36Dr. Mohd Taufik berkata, kadama haru yang diluluskan Lembaga Majlis Sukan Negara MSN itu berkuatkuasa mulai tahun ini dan akan
00:43terus digunapakai bagi temasyah sukan akan datang.
00:46Jadi kita harapkan agar perkara ini dapat memberikan suntikan semangat kepada semua atlet yang terlibat dan juga kita boleh senaraikan
00:59ia bukan hanya melibatkan sepak takraw semata-mata tetapi ia melibatkan seramai 66 atlet daripada 10 pasukan dan 6 persatuan
01:11sukan kebangsaan.
01:12Boleh saya nyatakan di sini, pertama sepak takraw regu berpasukan, emas 12 atlet, sepak takraw regu perak, kemudian hoki lelaki,
01:24esports, owner of kings, perak, esports, MLBB, gangsa, kemudian squash berpasukan lelaki, squash berpasukan wanita,
01:36berpasukan lelaki, berpasukan lelaki yang dapat gangsa. Jadi semua ada 10 pasukan dan juga 66 atlet dan 6 persatuan sukan
01:52kebangsaan.
01:53Jadi diharapkan agar penambahan ini memberikan suntikan semangat kepada semua atlet dan saya harapkan agar persatuan sukan dapat melihat persiapan
02:03atlet ini untuk menuju ke temasyah-temasyah yang akan datang khususnya SEA Games 2027.
02:10Katanya penambahan kadar ganjaran itu merupakan kenaikan pertama bagi acara berpasukan dalam tempoh 24 tahun sejak ia ditetapkan pada 2002.
02:20Dan maka dengan itu penambahan daripada sebelum ini 4.26 juta sekarang menjadi 5.41 juta ringgit dan jumlah syakam
02:32meningkat kepada 6.69 juta ringgit tahun kedua tertinggi sejak skim ini diperkenalkan tahun 1986.

Recommended