00:00Tiada pihak boleh dibiarkan merompak atau menyakau harta rakyat dan negara sekalipun mempunyai jasa selama ratusan tahun.
00:08Itu penegasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran dalam laman sosial beliau pada Rabu.
00:15Menerusi hantaran itu, Anwar berkata, sikap berkompromi terhadap amalan rasuah semata-mata bersandarkan kepada jasa adalah bercanggah sama sekali dengan
00:24ajaran Islam.
00:25Perdana Menteri menulis, Tolerance for Evil merosakkan. Yang benci dan menentang rasuah perlu bersuara lebih lantang, sampaikan mesej jelas bahawa
00:35pelaku rasuah tempatnya dipenjara.
00:38Menerusi hantaran sama, Perdana Menteri turut berkongsi petikan ucapan beliau pada Forum Ilmuwan Madani Seri 14 mengenai bahaya sikap serba
00:47membiarkan atau permissiveness
00:49seperti yang pernah diungkapkan tokoh pemikir dan mantan pemimpin Indonesia, Muhammad Natsir.
00:55Anwar berkata istilah permissiveness digunakan Muhammad Natsir bagi menggambarkan sikap terlalu bertolak ansur
01:04sehingga perbuatan salah seperti kerosakan, kecurian dan rasuah turut dianggap perkara biasa.
01:10Terima kasih telah menonton!