Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Timbalan Ketua Operasi NADMA Datuk Dr Abdul Gapar Abu Bakar berkata persediaan itu turut meliputi 8,321 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara yang mampu menampung sehingga 1.9 juta mangsa banjir.
Transcript
00:00Bertemu kembali, hampir 102,000 anggota pelbagai jabatan dan agensi serta kira-kira 40,000 aset operasi bakal digerakkan bagi
00:08menghadapi monsoon timur laut MTL 2026-2027.
00:13Timbalan Ketua Operasi NADMA, Datuk Dr. Abdul Gapa Abu Bakar berkata, persediaan itu turut meliputi 8,321 pusat pemindahan sementara
00:22PPS di seluruh negara yang mampu menampung sehingga 1.9 juta mangsa banjir.
00:30Katanya aset yang disediakan merangkumi 2,450 bot manakala lebih 3,000 terdiri daripada kenderaan pacuan empat roda dan lori
00:38selain pelbagai aset sokongan lain.
00:40Tambahnya, 170,000 makanan sedia dimakan turut disediakan sebagai bekalan awal kepada mangsa apabila mereka tiba di PPS.
00:48Antara lain ialah 60,000 kit makanan yang mengandungi barangan keperluan asas untuk diberikan kepada mangsa apabila mereka pulang ke
00:55rumah masing-masing.
00:56Mengulas mengenai penyelarasan operasi di lapangan, Abdul Gapa berkata, pegawai daerah bertanggungjawab mengambil tindakan awal ketika banjir, termasuk mengaktifkan pusat
01:06kawalan operasi bencana di peringkat daerah.
01:08Pusat kawalan tempat kejadian akan diketuai Ketua Polis Daerah sebagai Komando Operasi Bencana dengan Ketua Balai Bomber dan Penyelamat Daerah
01:15selaku timbalan,
01:17manakala Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, APM pula membantu menyelaras operasi menyelamat serta pemindahan mangsa.
01:23Tambahnya selain agensi penyelamat, Natmah juga menggerakkan Ketua Masyarakat, Pertubuhan Buka Kerajaan NGO dan komuniti setempat menerusi program pengurangan risiko
01:31bencana berasaskan komuniti
01:33bagi membantu operasi menyelamat serta pengurusan di PPS.
01:37Dalam hari itu, Abdul Gapa menggalakkan orang ramai memuat turut aplikasi Malaysia Disaster Information Management System
01:43yang dilancarkan Natmah pada 24 April lepas bagi mendapatkan maklumat berkaitan bencana.
01:48Terima kasih telah menonton!

Recommended