00:00Perintah larangan bersuara atau gag order dalam kes lima remaja yang didakwa menggunakan perkataan mencela terhadap Zahra Khairina Mahathir bukan bertujuan melindungi orang kenamaan atau VVIP, kata Peguam Keluarga.
00:14Peguam Hamid Ismail berkata perintah itu dibuat kerana ia membabitkan pesalah bawah umur dan bukan ada perkara yang disembunyikan.
00:23Susulan perintah tersebut Hamid meminta Jabatan Peguam Negara mengeluarkan kenyataan berhubung pendakwaan tersebut kerana pihaknya tidak boleh mengeluarkan kenyataan mengenai apa yang berlaku di dalam mahkamah.
00:35Terdahulu lima remaja itu didakwa menggunakan perkataan mencela terhadap Zahra Khairina, 13 tahun, yang mana perkataan tersebut didengari oleh mangsa yang mungkin menyebabkan pelajar itu terganggu dengan perkataan tersebut.
00:47Mereka didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak di Kota Kinabalu, Sabah menikut Seksyen 507C Kerungan 1 Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
01:02Haile Izzati FMT
Comments