• 1 year ago
Mahkamah Persekutuan Mengarahkan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkaitan Titah Adendum disegerakan pendengarannya di Mahkamah Tinggi.
Transcript
00:00Mahkamah Persekutuan mengarahkan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan titah addendum disegerakan pendengarannya di Mahkamah Tinggi.
00:10Menurut Hakim Besar Malaya Tan Sri Hasnah Mohamad Hashim, proseding itu tidak sewajarnya dilengahkan kerana ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada Najib dan pihak kerajaan.
00:21Sehubungan itu, beliau menetapkan pengurusan kes pada 18 Ogos ini dan tarikh perbicaraan ditetapkan dalam tempoh sebulan selepas itu.
00:32Mahkamah turut mengarahkan kedua-dua pihak memfalkan perhujahan bertulis secara serentak dengan tarikh pendengaran ditetapkan dalam tempoh sebulan.
00:41Hakim Hasnah yang mengetuai panel 3 Hakim menyatakan demikian ketika mengembalikan semakan kehakiman Najib ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.
00:49Beliau yang bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zabaria Mohamad Yusof dan Datuk Hanifah Fakirullah memutuskan demikian selepas menolak rayuan Peguam Negara secara sebulat suara.
01:02Dengan keputusan Mahkamah Tertinggi itu, semakan tersebut akan didengar di Mahkamah Tinggi seperti tarikh-tarikh yang akan ditetapkan.

Recommended