Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Seramai 2,569 sami Buddha bersama biarawati dan penduduk tempatan menyertai perarakan sejauh tiga kilometer sambil membawa sepanduk dan bendera Kemboja dari Wat Phnom ke Tugu Kemerdekaan di tengah bandar Phnom Penh.
Transcript
00:00Bersinarawan ini diteruskan dengan perkembangan terkini konflik Thailand-Kemboja, lebih 2,500 Sami Buddha mengadakan perarakan keamanan untuk menyeru penghormatan sepenuhnya terhadap perjanjian genjatan senjata antara kedua-dua negara sehingga pembebasan 18 anggota tentera yang masih ditahan.
00:18Ribuan Sami bersama biarawati dan penduduk tempatan menyertai perarakan sejauh 3km sambil membawa sepanduk dan bendera Kemboja.
00:30Berharakan keamanan itu turut singgah di hadapan kedutaan Amerika Syarikat sebagai tanda penghargaan kepada Presiden Donald Trump.
01:00Pertempuran yang berlaku antara 24 hingga 28 Julai itu merupakan yang terburuk dalam lebih sedekat.
01:09Ia meragut sekurang-kurangnya 43 nyawa serta menyebabkan lebih 300,000 orang kehilangan tempat tinggal di kedua-dua belah sempadan.
01:18Kemboja dan Thailand setuju melaksanakan genjatan senjata serta-merta dan tanpa syarat selepas mesyuarat khas di Putrajaya, Malaysia pada 28 Julai lalu.
01:30Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended