Skip to playerSkip to main content
  • 10 months ago
Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol di Sipitang menjadi tumpuan bagi menyaksikan proses gali semula kubur Zara Qairina Mahathir.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Proses gali semula kubur pelajar tingkatan 1 Zara Khairina Mahathir menjadi perhatian hari ini.
00:07Biarpun hujan lebat, orang ramai tetap hadir ke tanah perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol di Sipitang
00:13bagi menyaksikan proses berkenaan.
00:16Bagaimanapun orang ramai dan petugas media tidak dibenarkan menghampiri kawasan perkuburan itu
00:21bagi memastikan proses gali semula berjalan lancar.
00:25Pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia PDRM dilihat tiba di tanah perkuburan pada 4.56 minit petang.
00:33Jabatan Peguam Negara IGC pada Jumaat mengeluarkan arahan menggali semula kubur Zara Khairina
00:39bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.
00:44Arahan dibuat selepas mendapati terdapat keperluan untuk siasatan lanjut diambil PDRM
00:50demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.
00:56Zara Khairina, 13 tahun, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada 17 Julai
01:03selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri
01:06dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama dipapar pada 4 pagi 16 Julai lalu.
Comments

Recommended