Perdana Menteri Anwar Ibrahim tegaskan komitmen Malaysia membantu damai di selatan Thailand demi hentikan keganasan, perkukuh pengajian Islam dan martabatkan bahasa Melayu
00:00Bertemu kembali, Malaysia bersedia untuk mendamaikan konflik di Selatan Thailand dan berusaha menghentikan ketegangan di antara kedua-dua pihak yang bertelagah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
00:12Beliau berkata, Malaysia akan mempertingkat usaha mencari kedamaian di wilayah itu agar pengajian Islam dapat diteruskan dan bahasa Melayu terus dimartabatkan.
00:20Jelasnya, isu di Selatan Thailand adalah urusan dalaman kerajaan Thailand dan beliau telah menghubi mereka yang menunjukkan kesediaan untuk terus berusaha menghentikan ketegangan, terutamanya keganasan di kedua-dua pihak.
00:32Anwar berkata, beliau yakin dengan kebijaksanaan pimpinan Thailand, usaha mencari kedamaian dan keamanan akan diteruskan agar kawasan tersebut dapat dibangunkan, pengajian Islam diperkukuh dan bahasa Melayu dimartabatkan.
00:45Perdana Menteri berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama pimpinan dan penuntut Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan, Taman Seri Cepaka di Bacok malam tadi.
00:55Pada 5 Ogos selepas, media melaporkan penduduk Islam di wilayah Selatan Thailand meminta Anwar memainkan peranan sebagai pendamai bagi menamatkan konflik berlarutan di kawasan itu yang sudah meragut ribuan nyawa sejak beberapa dekad lalu.
Be the first to comment