00:00Seterusnya, seramai 57 individu kerugian lebih 8.45 juta ringgit selepas menjadi mangsa skim pelaburan palsu melibatkan syarikat tidak berdaftar Nadia Holdings Limited.
00:13Pengarah Jabatan Sesatan Jenayah Komersial JSJK Bukit Aman, Datuk Rusti Mohd Isa berkata, syarikat itu tidak berdaftar dengan suruhan jaya syarikat Malaysia dan memperdaya mangsa dengan janji pulangan tinggi.
00:25Dan setakat ini, mangsa yang membuat laporan polis daripada 40 ini, 37 adalah mangsa. Ini sebagai respon pertanyaan tuan-tuan dan perempuan dalam crime desk.
00:40Katanya pada sidang media kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial JSJK Bukit Aman di Menara KPJ Ibu Negara pada Jumaat.
00:48Modus operandi sindiket termasuk menyamar sebagai ejen pewarisan harta warga asing serta mendakwa pelaburan dijamin institusi keuangan negara.
00:57Lebih membimbangkan pelabur turut diberikan dokumen palsu yang kononnya dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia lengkap dengan logo dan tanda tangan palsu.
01:06Katanya dalang utama dikenalpasti seorang individu bergelar datuk namun siasatan lanjut masih dijalankan termasuk pengesahan dokumen dengan pihak berkuasa.
01:15Sehingga kini tiada pelabur menerima pulangan sebaliknya pelbagai alasan digunakan untuk menangguhkan bayaran seperti masalah teknikal dan dokumen tamat tempoh.
Comments