00:00Kementerian Belia dan Sukan sedang mempertimbangkan Kelantan sebagai negeri terakhir dalam kitaran giliran bagi menganjurkan Sukan Malaysia Sukma sebelum memperkenalkan model baru yang memberi kelebihan kepada negeri penganjur.
00:12Menterinya Hana Yu berkata hak penganjuran itu diberikan kepada Putrajaya atau Majlis Sukan Negara MSN bagi memastikan kesinambungan dalam pemilihan sukan dipertandingkan sebelum ini menjadi hak negeri penganjur.
00:25Hana menjelaskan selepas Kelantan, kesemua negeri telah melengkapkan giliran penganjuran sekaligus memberi laluan kepada penilaian model yang lebih struktur.
00:36Negeri penganjur pertandingkan semua sukan juga agak sukar. Kita sekarang ada 103 jenis sukan. Apa yang kita nak, kita sudah mula bincang model Sukma yang berbeza.
00:46Selepas Selangor akan jadi Kelantan. Selepas Kelantan tak amat saikel di mana semua negeri telah jadi penganjur.
00:53Setiap negeri penganjur akan cari sukan yang akan memberikan mereka advantage untuk pingat.
00:59Dalam masa sama, Hana menyeru agar semua pihak menghormati keputusan penganjuran Sukma 2026 Selangor dalam pemilihan sukan yang dipertandingkan.
01:08Beliau turut menzahirkan keterujaan terhadap pembinaan rumah olimpik yang dijangka siap pada 2028.
01:14Hana berkata demikian selepas Majlis Pecah Tanah Rumah Olimpik, Ibu Pejabat Baharu Majlis Olimpik Malaysia di Bukit Jalil pada Khamis.
01:23Terima kasih kerana menonton!
Comments