Skip to playerSkip to main content
  • 7 months ago
Iran sahkan kunjungan IAEA hanya untuk bincang kerjasama berkaitan program nuklear aman, bukan pemeriksaan. Tiada rundingan dimuktamadkan dengan AS. Iran tegaskan tiada niat bangunkan senjata nuklear.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, Menteri Luar Iran Abbas Arabchi sahkan kunjungan timbalan Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa IAEA ke Teheran dalam masa terdekat adalah untuk membincangkan kerangka kerjasama dan bukannya bagi tujuan pemeriksaan atau penilaian.
00:16Jelasnya jemputan dibuat berdasarkan undang-undang parlimen yang termaktub berhubung program nuklear republik itu.
00:30Sementara itu, Abbas mengesahkan tiada pertemuan berkaitan rundingan dengan Amerika Syarikat dimuktamadkan.
00:42IAEA sebelum ini mahu ia dibenarkan menyambung semula pemeriksaan selepas serangan udara oleh Israel dan Amerika Syarikat yang bertujuan memusnahkan program nuklear Iran dan mehalangnya daripada membina senjata nuklear.
00:54Iran bagaimanapun menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah berniat untuk membangunkan senjata nuklear dan programnya adalah semata-mata untuk tujuan aman.
01:02Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended