Skip to playerSkip to main content
Ikan Rogadius Azizahae spesies pertama dunia dijumpai di Semenanjung Malaysia

Misteri dasar laut negara tersingkap apabila penyelidik dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya menemui satu spesies ikan baharu yang belum pernah direkodkan di mana-mana tempat di dunia, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Penemuan penting itu hasil eksplorasi Dr Tun Nurul Aimi Mat Jaafar pada kedalaman 53 hingga 58 meter di perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia pada 5 Jun 2016, sebelum ia dimuktamadkan selepas kerjasama dengan penyelidik dari Jepun.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742153/edisi/terengganu/ikan-rogadius-azizahae-spesies-pertama-dunia-dijumpai-di-semenanjung-malaysia

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #IkanRogadiusAzizahae #spesiesikanbaharu #UMT
Transcript
00:00Satu penemuan luar biasa direkodkan apabila sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Terengganu berjaya menemui ikan spesies baharu yang belum pernah direkodkan di mana-mana tempat di dunia.
00:13Spesies yang dinamakan rogedius azizahir atau lebih dikenali sebagai ikan baji azizah, sempena nama pakar ekologi molekul UMT, Prof. Dr. Siti Azizah Mohd Noh, sebagai tanda penghargaan atas sumbangannya dalam bidang biodiversiti ikan di Malaysia.
00:32Ikan tersebut ditemui pada kedalaman antara 53 hingga 58 meter di perairan pantai timur semenanjung Malaysia pada 5 Jun 2016.
00:44Selepas kajian mendalam bersama rakan penyelidik dari Jepun, ikan tersebut diikiraf secara rasmi dan diterbitkan dalam Jurnal Antarabangsa, Jurnal of Fish Biology pada 4 Ogos lalu.
00:57Spesies ikan baji azizah kini disimpan di RRC Inos UMT sebagai rujukan penting bagi penyelidik dan generasi masa depan.
Comments

Recommended