Skip to playerSkip to main content
  • 9 months ago
Pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) secara jelas menyentuh keperluan pembangunan modal insan holistik, pengukuhan sistem pendidikan tinggi serta penerapan nilai-nilai MADANI dalam membina negara bangsa yang berdaya saing, progresif dan inklusif.
Transcript
00:00Pembentangan Rancangan Malaysia ke-13 RMK13 secara jelas menyentuh keperluan pembangunan modal insan holistik, pengukuhan sistem pendidikan tinggi serta penerapan nilai-nilai madani ia dalam membina negara bangsa yang berdaya saing, progresif dan inklusif.
00:15Kementerian Pendidikan Tinggi KPT berkata, RMK13 mendidikan pelan sektor pendidikan tinggi termasuk pemerkasaan TVET, digitalisasi pembelajaran, pengantarabangsaan universiti serta pembangunan penyelidikan berimpak tinggi.
00:30Justeru, KPT komited untuk melaksanakan peranannya secara menyeluruh. Dalam menjadikan matlamat RMK13, KPT akan mempergiat usaha bagi memperkukuh tatbik urus, merasionalisasikan fungsi dan peranan institusi pendidikan serta mempertingkatkan keberhasilan pendidikan.
00:46KPT juga turut akan memfokuskan usaha seperti memantapkan kompetensi dan kecekapan warga pendidik, menambah baik pelaburan pendidikan, memperkasa pembelajaran sepanjang hayat dan memperkukuh ekosistem TVET.
00:57KPT juga menyatakan komitmen untuk terus melaksanakan dasar dan inisiatif berpaksikan nilai murni dan keperluan rakyat.
01:06Kementerian itu berkata, pendidikan tinggi bukan sahaja pemacu ekonomi tetapi juga tunjang pembinaan masyarakat berilmu dan beretika tinggi.
01:13KPT menyuruh semua pihak semada institusi pendidikan tinggi, agensi, industri dan masyarakat untuk bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan RMK13 demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.
Comments

Recommended