00:00Seorang pekerja kedai serbanaka dihadapkan ke Mahkamah Session Seremban pada Selasa atas pertuduhan pecah amanah melibatkan wang milik koperasi berjumlah hampir RM200,000.
00:10Tertuduh, Noorazwin Zulkifli, 36 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.
00:19Mengikut pertuduhan, Noorazwin yang ketika itu bertugas sebagai kerani di Koperasi Berkenaan didakwa melakukan pecah amanah jenayah dengan memindahkan wang berjumlah RM199,491.79 secara dalam talian.
00:35Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 2 Februari 2023 hingga 22 Mac 2024 di Medan Koperasi Bandar Enstek, Nilai.
00:44Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 9 September depan.
Comments