Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) bimbang demonstrasi jalanan akan memberi kesan terutama menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Presiden MATA, Datuk Seri Mohd Khalid Harun berkata, aktiviti sedemikian berpotensi mengancam keselamatan serta menjejaskan reputasi negara sebagai destinasi pelancongan selamat.
00:00Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia, Mata, bimbang demonstrasi jalanan akan memberi kesan kepada terutamanya menjelang tahun melawat Malaysia 2026.
00:10Presiden Mata, Datuk Sri Muhammad Khalid Harun berkata aktiviti sedemikian berpotensi mengancam keselamatan serta menjejaskan reputasi negara sebagai destinasi pelancongan dengan selamat.
00:20Dalam kenyataan pada Isnin, Mata memaklumkan demonstrasi awam skala besar yang berterusan boleh menjadi penghalang kepada usaha Malaysia menarik jutaan pelancong antarabangsa.
00:31Katanya, imej negara yang tercala memberikan kesan langsung kepada kemasukan pelancong dan pelaburan asing.
00:38Malah, demonstrasi juga akan meningkatkan kos sari hidup rakyat secara keseluruhan kerana ia mengganggu operasi perniagaan selain memberi kesan kepada peluang pekerjaan.
00:47Mata menyatakan Malaysia sebagai destinasi pelancongan islamik dan alam semula jadi yang terkenal kini menghadapi cabaran besar jika demonstrasi jalanan terus berlaku dan mendapat liputan negatif oleh media antarabangsa.
01:00Bagaimanapun, Mata tetap mengiktiraf hak suara rakyat namun menekankan setiap tindakan perlu dibuat secara bertanggungjawab tanpa menjejaskan keharmonian negara.
Be the first to comment